Kerjasama Malaysia, Australia diperluas – Nasional – Utusan Online

20 Disember 2014 2:24 AM

LANGKAWI 19 Dis. – Malaysia dan Australia akan meluaskan kerjasama dalam bidang keselamatan dan isu sempadan, terutama dalam memerangi kegiatan pemerdagangan manusia dan jenayah berat te­rancang.

Ahmad Zahid Hamid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kedua-dua negara kini mempunyai hubungan dan kerjasama erat, tetapi Malaysia dan Australia boleh bekerjasama dalam lebih banyak bidang untuk manfaat kedua-dua pihak.

Katanya, beliau telah berbincang tentang beberapa isu dengan Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Scott Morrison, terutama mengenai jenayah rentas sempadan.

“Kami berbincang bagaimana Sistem Tapisan Awal Penumpang (APSS) Malaysia dan penubuhan Sistem Amaran Pergerakan Serantau (RMAS) boleh membantu kami memerangi penggunaan dokumen palsu secara berleluasa.

“Kami juga berbincang tentang bidang baharu yang boleh kami adakan kerjasama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Morrison menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bagi pihak kerajaan masing-masing mengenai usaha memerangi jenayah rentas sempadan.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua negara ingin memberi penjelasan tentang program pertukaran mereka, bukan sahaja kepada para pegawai atasan, tetapi juga pegawai peringkat pertengahan, yang perlu diberi pendedahan mengenainya.

Katanya, bagi pelan jangka panjang, selain APSS dan RMAS, semua perkara di bawah tanggungjawab Morrison akan disokong Kementerian Dalam Negeri, manakala bagi sesuatu perkara yang diperlukan kementerian itu (Dalam Negeri) pula, Australia akan memberi sokongan penuh iaitu dari segi perkongsian pengetahuan dan pengalaman, selain pertukaran pegawai.

“Saya ingin memberi penghargaan terhadap kerjasama baik antara polis Malaysia dan polis Australia serta pegawai imigresen. Mereka gembira dengan kerjasama yang dijalin itu.

“Apa yang penting bagi kami, kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia, ialah menterjemahkannya (MoU) ke dalam bentuk tindakan. Butiran terperinci mengenainya akan dibincang pada mesyuarat jawatankuasa kerja kami tahun depan,” katanya. – BERNAMA

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kerjasama-malaysia-australia-diperluas-1.38756

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s