Sekarang masa UMNO susun barisan, berdiri teguh bersama Najib: Zahid

SABTU, 1 OGOS 2015 – 6:23PM

BAGAN DATOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan ‘ghanimah’ atau ‘hadiah harta rampasan perang’ tetapi satu kebertanggungjawaban kepada rakyat dan negara.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, justeru berjanji tidak akan memungkiri amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepadanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bagan Datoh meminta semua ahli parti itu berdiri teguh dan menyatakan taat setia kepada kepemimpinan Najib yang juga Presiden UMNO.

“Apabila kapal dilanda gelombang, jangan pula ada usaha untuk mencampakkan nakhoda ke laut tetapi perlu sama-sama nakhoda menempuh badai,” katanya berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini petang ini.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Adnan Yaakob. Pada mesyuarat itu, Zahid turut meminta semua hadirin berdiri memberi penghormatan kepada Perdana Menteri yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi timbalannya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pembangkang sudah menaburkan budaya kebencian terhadap kerajaan sehingga menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat sehingga perasaan kebolehpercayaan terhadap kerajaan semakin terhakis.

“Jadi, inilah masa untuk kita menyusun barisan untuk menyatakan taat setia kepada pucuk kepemimpinan parti. “Tidak ada isu yang tidak boleh diatasi. Jadi perlu beri sokongan dan dokongan sekuat-kuatnya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/71651?m=1

Gambar perasmian mesyuarat dan sambutan hari raya Aidilfitri peringkat Bagan Datok petang tadi.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a comment