Program PRK Permatang Pauh Hari Sabtu 25.4.2015

1. Penamaan Calon  IKBN Bukit Mertajam

   

 

 

 

2. Perasmian Jentera Pemuda Barisan Nasional di Command Center Perda

  

   

 

3. Perasmian Jentera Puteri UMNO di Wisma Transformasi Permatang Pauh

  

 

  

    

4. Melawat PDM Guar Perahu

 

 

 

    

  

   

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Program Di PRK P044 Permatang Pauh Semalam

Jumaat 24.4.2015 

Solat Jumaat di Masjid Kg Guar Perahu

 

 

      

 

Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional 

 

  

  

  

Program Belia Berselawat di Masjid Hj Saad Jalan Tanah Liat  


 

  

  

  

  

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Landskap politik negara berubah jika berlaku kejutan di Permatang Pauh – Utusan Online

  Perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan 

 

BUKIT MERTAJAM 17 April – Landskap politik di Pulau Pinang dan negara akan berubah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya melakukan kejutan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 7 Mei ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 Solat Jumaat di Permatang Pauh

Beliau berkata, berdasarkan komitmen dan kesepaduan yang ditunjukkan UMNO negeri dan bahagian, BN yakin pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini akan menghasilkan satu kejutan.

“Keyakinan itu ditambah hasil kaji selidik yang kami lakukan, didapati rakyat telah jemu dengan apa yang mereka alami selama ini…bukan hanya dalam soal pembangunan tetapi mereka mula merasakan bahawa perubahan harus dilakukan.

 Mesyuarat bersama Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang  

“Mereka mahu supaya cita rasa yang baharu ini dapat mengubah landskap politik di Permatang Pauh,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama anggota jawatankuasa bahagian empat peringkat di Wisma Transformasi di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata jika jentera pilihan raya BN yang dibentuk itu berjalan dengan baik, isu sabotaj tidak akan timbul walau siapapun calon yang akan dipilih pucuk pimpinan BN untuk pilihan raya kecil itu.

“Calon BN untuk pilihan raya itu akan dipilih dalam kalangan kepimpinan UMNO yang ada sekarang di Permatang Pauh…calon yang disukai ramai, yang boleh menang.

 Melawat anggota polis trafik yang ditimpa kemalangan  

“Ketua (UMNO) bahagian (Permatang Pauh) telah menyatakan siapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon, maka baiah kita, aku janji kita (ialah) kita ketepikan perbezaan di kalangan kita…yang penting bukan calon itu, tetapi adalah calon yang mewakili UMNO yang bertanding atas tiket BN,” katanya.

Beliau bagaimanapun sedar banyak isu politik yang akan dimainkan pembangkang untuk menyerang BN terutama isu-isu terbaharu untuk memusnahkan imej parti.

  

  

Bertemu Dengan JKKP Permatang Pauh di Hotel Sunway 

Ahmad Zahid berkata pengumuman calon dan pelancaran jentera pilihan raya BN untuk Permatang Pauh akan dilakukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 April ini.

Ditanya berhubung kesediaan Pas Pulau Pinang menyokong calon PKR pada pilihan raya kecil itu, beliau berkata itu adalah permasalahan pembangkang yang harus dijawab oleh mereka. – BERNAMA

http://m.utusan.com.my/berita/politik/landskap-politik-negara-berubah-jika-berlaku-kejutan-di-permatang-pauh-1.81900

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

KENYATAAN MEDIA LAWATAN KE SINGAPURA 


Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 13 dan 14 April 2015. 

Beliau telah menerima jemputan daripada Kerajaan Singapura sempena Majlis Perasmian Interpol Global Complex for Innovation Inauguration.

Kerajaan Singapura telah memanjangkan jemputan yang julung kalinya diadakan ini  kepada semua Menteri-Menteri Dalam Negeri dari setiap pelusuk dunia. Menteri-Menteri Dalam Negeri yang telah turut hadir adalah dari USA, Rusia, Argentina, Austria, Germany, Kuwait, Myanmar, Vietnam, UAE dan New Zealand.

 

Dato’ Seri Zahid telah berkesempatan untuk menghadiri perbincangan tertutup mengenai “Global Law Enforcement Efforts Against Cybercrime” yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean serta Majlis Perasmian bersama Interpol Global Complex for Innovation bertajuk “Membuka Cara Kerjasama Polis Melalui Pendekatan Kepelbagaian Pihak Berkepentingan”.

 

Malaysia dan Singapura sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama sedia ada yang khusus merangkumi aspek keselamatan cyber yang semakin mendapat perhatian global. Keperluan undang-undang sebagai garis panduan dan bertujuan untuk mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis panduan yang telah ditetapkan turut diberi perhatian. 


YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong bagi membincangkan kerjasama keselamatan dua hala di antara Malaysia dan Singapura.

  

Kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura TYT Lee Hsien Loong 

Semasa berada di Singapura, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dijemput oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura, TYT Teo Chee Hean untuk membuat lawatan rasmi ke Pusat Kawalan Operasi Polis Singapura.

YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut membuat lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Singapura, Kementerian Dalam Negeri Singapura untuk melihat contoh yang boleh dikongsi bagi membuat penambahbaikan dalam mengawal selia banduan di penjara Malaysia.


YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut akan mengadakan pertemuan dengan TYT K Shanmugam Menteri Luar Singapura.



_____________________________________________

Kementerian Dalam Negeri

 14 April 2015

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

M’sia, S’pore to enhance security cooperation – Nation | The Star Online

Fruitful talks: Dr Ahmad Zahid posing for a picture with other leaders when visiting the Interpol Global Complex For Innovation.

Fruitful talks: Dr Ahmad Zahid posing for a picture with other leaders when visiting the Interpol Global Complex For Innovation.

SINGAPORE: Malaysia and Singapore will strengthen their cooperation in multiple security matters, including cyber security.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said cyber security had become a global issue, and thus it would be timely for both countries to increase cooperation in the matter.

“We also discussed the need for clear laws on cyber security. We hope that the laws can function as guidelines to further curb instances of cyber crimes,” he said in a statement after attending a closed-door discussion on global law enforcement efforts against cyber crime, chaired by Singapore Deputy Prime Minister Teo Chee Hean yesterday.

He also attended the launch of the Interpol Global Complex For Innovation.

Those who attended the event included representatives from Russia, the United States, Argentina, Austria, Germany, Kuwait, Myanmar, Vietnam and New Zealand.

Dr Ahmad Zahid also paid a courtesy call on Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong during his working visit to the republic.

“We discussed security cooperation between the countries.”

The Home Minister also visited the Singaporean Police Operation Control Centre, Singaporean Prisons Department and the country’s Home Ministry.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/04/15/Msia-Spore-to-enhance-security-cooperation/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Home ministry to monitor Johor Police Hq construction progress

 

  

 

JOHOR BARU: Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today gave his assurance that his ministry will monitor the progress of the Johor police headquarters which has halted after the contractors appointed to complete the project were blacklisted by the Construction Industry Development Board (CIDB) last February. 

Zahid told a Press conference at the project site that the RM72.8 million development was expected to be completed in 2012. However, due to technical reasons, the contractor was unable to complete the project. 

Zahid said there is now no more compromise, and has set August 3 next year as the targeted date for completion of the project which comprise administrative blocks, a multi – storey car park and housing quarters. 

“I will be monitoring the project every month, and will personally come to the site again to ensure that there is no further delay,” he said.

The project has halted twice since the construction works began in 2010, and the last contractor managed to complete only two per cent of the works before they were terminated last February and immediately blacklisted by CIDB.

“Now that the Home Ministry and police have tasked the Public Works Department (PWD) to appoint a new contractor, we hope that we can forget the past, and look at this as a new chapter,” Zahid said, adding there are three other ailing police headquarters development projects nation-wide which needed revival.

Zahid said this after a 20-minute closed-door briefing with police officials and Public Works Department officials. Also present was outgoing Johor police chief Datuk Seri Mokhtar Shariff.


http://www.nst.com.my/node/80194?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN – Inti pati pindaan Akta Hasutan lindungi keamanan rakyat

Inti pati pindaan Akta Hasutan lindungi keamanan rakyat

9 APR: Pindaan Akta Hasutan 1948 tidak mengubah perkara berkaitan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan serta prerogatif yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahagian III berkaitan kewarganegaraan dan Perkara 152 berkaitan isu Bahasa Kebangsaan.

Ia juga tidak mengubah Perkara 153 berkaitan isu perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya dan Perkara 181 iaitu berkaitan dengan kekecualian bagi kedaulatan dan sebagainya, Raja-Raja.

zahidhamidids

ZAHID…ketepikan politik

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penambahbaikan terhadap tiga seksyen Akta Hasutan yang dicadang kerajan adalah dengan memasukkan peruntukan prerogatif bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kaum.

Ketika membentangkan Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat, Khamis, beliau memberitahu pindaan terakhir adalah pada 1975 dan sudah masa kerajaan melihat kembali kesesuaian akta yang sudah berusia 40 tahun itu.

Menurut Zahid, kajian berhubung pindaan itu dibuat sejak 2012 dengan perbincangan antara Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta PDRM.

Katanya, pindaan baharu itu dengan memasukkan peruntukkan untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama agama lain yang tidak boleh dihina.

Pindaan itu juga membolehkan tindakan kepada sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak atau mana-mana negeri keluar dari Malaysia.

Elemen-elemen hasutan yang disebar melalui media sosial atau sebarang platform turut dimasukkan ke dalam pindaan.

Zahid berkata, pindaan itu memotong peruntukan yasng melarang kritikan terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, kritikan terhadap kerajaan yang melangkaui batas sehingga terjumlah perbuatan fitnah terhadap kerajaan atau perbuatan memudaratkan demokrasi berparlimen masih merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Pindaan itu mencadangkan memasukkan hukuman penalti minimum dan maksimum serta memasukkan hukuman denda bagi kesalahan di bawah Akta ini mencadangkan untuk menaikkan hukuman yang menghasut dan mengakibatkan kecederaan kepada anggota badan dan harta benda.

Fasal 4 pula, meminda subseksyen 4(1) menggantikan penalti sedia ada bagi kesalahan di bawah subsekyen 4(1) dengan penaltii minimum pemenjaraan 3 tahun dan masimun 7 tahun.

Memasukkan seksyen baru 4(1A) mengenakan penalti lebih tinggi bagi kesalahan di bawah akta ini sekiranya melibatkan kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda

Zahid berkata, Fasal 5 pula,bertujuan mewujudkan seksyen baru 5A dan 5B.

5A memperuntukkan bahawa jika mana-mana orang dituduh di bawah seksnyten 4(1A) adalah diperakukan secara bertulis oleh Pendakwaraya bahawa kesalahan melibatkan kepentingan awam maka tertuduh tidak boleh diberikan ikat jamin.

Seksyen 5B pula memberi Mahkamah kuasa mengeluarkan perintah orang yang dituduh di bawah seksyten 4 yang dilepaskan dengan ikat jamin menyerahkan pasport dan dokumen perjalanan antarabangsa yang lain.

Menurut Zahid, langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bermakna kerajaan melangkah ke belakang daripada janji untuk melakukan pembaharuan sebaliknya apa dilakukan demi melindungi kepetingan rakyat tanpa mengira kaum, agama bagi mencegah sesuatu yang buruk berlaku di negara ini.

Sehubungan itu, Zahid meminta semua ketepikan kepentingan politik dan kepentingan diri masing serta membuat penilaian rasional demi kepentingan keselamatan dan ksejahteran serta tidak bertelingkah sesama sendiri berhubung pindaan tersebut.

http://www.bnbbc.my/?p=43573

Leave a comment

Filed under Isu Semasa