Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1436 Hijrah

image

Advertisements

Leave a comment

by | 07/04/2015 · 12:58 am

Zahid: The Edge should know which articles got it in trouble

image

KUALA LUMPUR:The Edge should know which of their articles landed them in hot water, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic)

“Whoever eat chillies will feel the heat, there is no need for them to ask us which articles involved matters which are not true.

“They should know,” he said on Thursday, when asked to comment on The Edge, which wants the ministry to specify which articles led to the show-cause letter that they received.

On Wednesday the Home Ministry issued a show-cause letter to financial daily The Edge over its reports on government investment arm 1MDB.

A ministry’s official told The Star that the publication was issued with a show-cause letter on Monday evening.

This follows a statement last Wednesday by Ahmad Zahid, who had said that The Edge Media Group owner Datuk Tong Kooi Ong should be held responsible for “inaccurate reports” on 1MDB.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/02/The-Edge-Zahid-Hamidi/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Kemasukan warga asing bukan tambah, tapi ganti

image

image

Ahmad Zahid ketika menandatangani plak projek ‘1 pelajar 1 laptop’ sambil diperhatikan Muslim (dua, kiri) dan Pengerusi Yayasan Restu Malaysia, Datuk Abdul Latiff (kiri).

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan perbincangan dengan beberapa negara untuk mengeluarkan dokumen perjalanan satu hala dalam usaha menghantar semula pekerja asing tanpa izin pulang ke negara asal.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan tersebut diadakan melalui duta negara berkenaan di Malaysia, sekali gus menangkis salah faham yang timbul berkenaan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

“Saya minta agar badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi pekerjaan dapat memahami hasrat kerajaan ini dengan tidak menyogokkan (berita) bahawa ini adalah tambahan (kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh) untuk bekerja di negara ini.

“Kemasukan mereka adalah bagi menggantikan pekerja-pekerja asing yang akan dihantar balik ke negara asal,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri ‘The 5th Annual Grand Iftar’ melibatkan komuniti Palestin di Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi membidas dakwaan pihak tertentu yang beranggapan rancangan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke negara ini bagi tempoh tiga tahun sebagai tidak wajar.

Ahmad Zahid berkata kemasukan mereka adalah bagi memenuhi permintaan kekurangan pekerja di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan industri berat negara.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran berharap kerajaan Malaysia akan menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar Palestin di sini.

Pada 2013, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa bernilai RM400,000 kepada 10 petugas akademik di universiti di Gaza untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UTM.

Program biasiswa berkenaan dimulakan sebagai maklum balas terhadap persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi untuk penduduk Gaza.

Selain biasiswa, Imran dalam ucapannya pada majlis itu, turut meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh visa ketibaan untuk rakyat Palestin dari 30 hari kepada tiga bulan.

Menurut laporan, pada tahun lepas, rakyat Palestin mempunyai kemudahan bebas visa atau memohon visa di tempat ketibaan di 35 buah negara. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kemasukan-warga-asing-bukan-tambah-tapi-ganti-1.406041

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Pekerja Bangladesh hanya dibawa masuk selepas pekerja haram diusir dari Malaysia

27 Jun 2015 8:24 PM

image

TAWAU 27 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat penguatkuasaan bagi mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, usaha itu dilaksanakan secara bersepadu menerusi kerjasama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan beberapa agensi lain.

“Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini.

“Dalam usaha itu, kita juga akan meminta kerjasama daripada pihak kedutaan-kedutaan berkaitan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Penerapan Nilai-nilai Murni bersama warga KDN di sini, hari ini. – BERNAMA

– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pekerja-bangladesh-hanya-dibawa-masuk-selepas-pekerja-haram-diusir-dari-malaysia-1.107703#sthash.XJkQ8Lux.dpuf

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Kerajaan Berhasrat Kaji Semula Perjanjian Keselamatan Di Sempadan – Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Kerajaan berhasrat mengkaji semula perjanjian keselamatan yang telah dimeterai dengan negara-negara yang bersempadan dengan Malaysia khususnya Thailand, ekoran pembongkaran isu pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perjanjian misalnya, ‘General Border Committee Meeting Malaysia-Thailand’ perlu dikaji semula bagi meningkatkan keupayaan kawalan keselamatan di sempadan kedua-dua negara.

“Kajian semula ini perlu diberi keutamaan kerana jika dilihat khemah sementara yang dibina di sempadan (Wang Kelian) itu tidak dapat diakses dan dijejaki oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Ia disebabkan kecuraman dan kawasan yang tidak munasabah oleh hukum manusia untuk sampai dari sempadan Malaysia, sebalikya ia lebih hampir dan boleh dimasuki dari Thailand,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan pihak berkuasa Thailand sehingga permasalahan itu dapat dirungkai.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga akan meneliti semula peranan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata, kertas cadangan mengenai perkara berkenaan sedang disediakan kementeriannya dan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.

Dalam perkembangan lain, katanya kerajaan juga sedang bekerjasama dengan kerajaan Bangladesh dan Myanmar untuk mengekstradisi rakyat Malaysia, yang terlibat dengan pemerdagangan manusia, yang bersembunyi di negara itu untuk ditahan dan diadili di negara ini.

“Tangkapan dah dibuat untuk warganegara Malaysia dan Thailand pun sudah tangkap warganegara mereka. Kami akan ambil tindakan undang-undang dan mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Mengenai 106 jenazah mangsa pemerdagangan manusia, yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk proses autopsi, beliau berkata hasil kajian forensik PDRM mendapati terdapat empat unsur utama yang menyebabkan kematian iaitu penyakit, kebuluran, penyeksaan dan berkemungkinan dibunuh.

“Mayat pertama yang kami temui adalah merupakan rangka manusia di dalam kurungan yang dibiarkan sehingga kering. Inilah antara unsur penyeksaan yang dikenal pasti,” katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1146252

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Pelancong berkumpulan dari China ke Malaysia tidak perlu visa – Ahmad Zahid

image

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (duduk, tengah) menyatakan pelancong dari China yang mengunjungi Malaysia secara berkumpulan tidak lagi memerlukan visa. Foto – AWANI/Hamzah Hamid

KUALA LUMPUR: Pelancong China yang datang ke negara ini secara berkumpulan tidak lagi memerlukan visa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan yang dipersetujui Kabinet itu dibuat bagi melihat impak positif pada industri pelancongan negara namun akan dilakukan dan dipantau dalam satu tempoh percubaan.

"Ia hanya akan dilakukan untuk pelancong berkumpulan. Bagi pelancong China yang datang secara bersendiri, akan dicari jalan untuk melaksanakannya.

"Sebelum ini pada tahun 2010 hingga 2012, kita ada memberi visa sewaktu ketibaan (VOA) namun terdapat kes ia disalah guna seperti tinggal melebihi tempoh dan juga digunakan untuk mencari kerja," ujar beliau.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan.

Ahmad Zahid menambah, untuk memastikan perkara itu terkawal, pihak Imigresen, polis dan pasukan penguatkuasa lain akan menggerakkan mekanisme agar para pelancong itu pulang ke negara asal sebelum tempoh kunjungan berakhir.

"Cadangan ini tidak mempunyai matlamat sasaran dalam tempoh tertentu tetapi kita akan melihat sama ada ia memberi kelebihan manfaat pada industri pelancongan negara.

"Tempoh dan tarikh kuat kuasa pengecualian visa itu nanti akan diumumkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam masa terdekat.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan dalam sidang media sempena majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim Bagan Datoh di pusat beli-belah Sogo di ibu negara.

http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/pelancong-berkumpulan-dari-china-ke-malaysia-tidak-perlu-visa-ahmad-zahid-63117

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

BERNAMA – Malaysia Mohon Lapan Suspek Rampas MT Orkim Harmony Diekstradisi – Ahmad Zahid

Malaysia Mohon Lapan Suspek Rampas MT Orkim Harmony Diekstradisi – Ahmad Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATOH, 20 Jun (Bernama) — Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini untuk menghadapi pendakwaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya permohonan esktradisi itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia agar siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan selewat-lewatnya Selasa ini.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan melakukan siasatan lebih lanjut setelah siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.

"Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Vietnam, Kemboja serta Thailand yang turut memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Khairiah, Selekoh di sini malam tadi.

Lapan suspek itu yang merupakan warga Indonesia ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan negara itu kira-kira 6.30 pagi semalam.

Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan orang dalam berhubung kejadian itu, bagaimanapun siasatan terperinci perlu dilakukan berhubung perkara itu.

"Ada baiknya kita tunggu siasatan daripada pihak berkuasa Vietnam dan PDRM yang akan melakukan siasatan terperinci serta pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk melakukan pendakwaan," katanya.

MT Orkim Harmony, yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dilaporkan hilang pada 8.57 malam 11 Jun lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal milik Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Operasi menyelamat kapal berkenaan yang dirampas lapan perampas berakhir semalam dengan kesemua anak kapal itu dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi.

Bagaimanapun seorang daripada kru kapal iaitu tukang masak warga Indonesia Mavit Matin, 46, cedera di paha kerana ditembak perampas, telah diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan lapan suspek yang ditahan pihak berkuasa Vietnam merupakan lanun yang merampas kapal tangki MT Orkim Harmony.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pengesahan itu dibuat selepas pihak berkuasa Vietnam memaklumkan kepada APMM.

"Sebelum ini mereka merupakan suspek sahaja, tetapi selepas disiasat dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam mereka adalah lanun yang merampas kapal berkenaan.

"APMM buat masa ini sedang berunding dengan Vietnam untuk membawa mereka pulang ke negara ini bagi tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya APMM telah memulakan siasatan sejak dalam perjalanan membawa pulang kapal berkenaan ke Pelabuhan Kuantan, yang diiringi KD Handalan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"APMM sedang membuat siasatan terperinci dan mengambil setiap bukti yang ada terhadap kapal itu seperti mengambil cap jari serta mengambil keterangan daripada 22 kru kapal," katanya.

Sementara itu, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata semalam pihaknya telah menunjukkan gambar tersebut kepada tukang masak yang cedera di tembak di paha kiri oleh salah seorang lanun untuk tujuan pengecaman, dan dia mengesahkan lapan individu dalam gambar berkenaan merupakan perampas terbabit.

"Sekarang kes ini TLDM serahkan sepenuhnya kepada APMM untuk sebarang perkembangan terkini mengenai kapal terbabit," katanya.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa