Waythamoorthy kena faham rumah mana dia duduk

PUTRAJAYA 22 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

“Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk.

“Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin Hindraf lagi. Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas.

“Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_42/Waythamoorthy-kena-faham-rumah-mana-dia-duduk#ixzz2cgmDIHEk
© Utusan Melayu (M) Bhd

6 Comments

Filed under Isu Semasa

6 responses to “Waythamoorthy kena faham rumah mana dia duduk

  1. Adlan Adli

    Patut dan patut yang dinyatakan adalah adakah polis ada memberi peluang kepada penjenayah untuk menyerah diri. Tapi dalam keadaan yang begitu drastic di mana polis telah disambut dengan tembakan maka bolehlah difahami penjenayah-penjenayah terbabit memang tidak ada niat langsung untuk menyerah diri dan mereka sememangnya sudah nekad untuk mati melawan. Janganlah soal kaum hendak dipermainkan. Kami orang Melayu sikit pun tidak ralat andaikata penjenayah berbangsa Melayu menerima nasib yang sedemikian kerana perbuatan dan sifat kejam mereka sendiri yang memberi nasib mati dalam keadaan sadis begitu.

    Sharp Shooter Banting.

  2. Dey…Waythamoorthy….
    Itu mangsa-mangsa jenayah… sape mau bela dia orang…
    U sibuk bela itu penjenayah….
    apa ni…. mana mau taruk muka la….
    Agak-agak itu lima orang sudah bunuh berapa orang???

  3. SIPITUNG

    YESSSSS DS ZAHID HAMIDI!!!!! INI LAH PEMIMPIN RAKYAT YANG MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA!!!

  4. junid

    Dato’ Seri, saya bangga dan sokong Dato Seri tegor Wythamoorthy tu…dengan dia orang tu tak boleh lemah lembut…faham faham lah asal usul mereka….Kalau Dato’ Seri tak tegas, habis lah negara ini di landa gangster dan penjenayah.

  5. ainon

    TAHNIAH DATO’ SRI, TINDAKAN YG BIJAK DAN TEPAT, HARAP ISTIQOMAH

  6. hairy02

    tahniah dato sri jawapan anda yang terbaik…tegas dan berani .

Leave a comment