KDN tangani fitnah siber

KDN tangani fitnah siber

Oleh AINSAFRE BIDIN
pengarang

BAGAN DATOH 25 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah khususnya yang didalangi tentera siber DAP iaitu Red Bean Army.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia akan mencari jalan bagi memastikan maklumat yang disalurkan menerusi blog, Facebook atau Twitter adalah benar.

“Apa yang menjadi rungutan ialah kandungan laman blog, Facebook, Twitter dan bahan-bahan lain dalam media sosial termasuk oleh Red Bean Army menyentuh perkara-perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan sensitiviti kaum,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri satu majlis perkahwinan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia mengenai gesaan pelbagai pihak yang mahu kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti Red Bean Army yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, dasar media sosial yang dirangka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kebebasan kepada semua termasuk Red Bean Army untuk memberikan pendapat.

Namun, katanya, prinsip tersebut sepatutnya dihormati dan bukan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah serta maklumat yang boleh menggugat keharmonian negara.

“Sebagai contoh, mereka melakukan banyak fitnah termasuk kononnya ada 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh dibawa dengan Boeing 747 tetapi tidak ada bukti pun pesawat itu telah mendarat dan membawa pengundi Bangladesh.

“Apa yang menghairankan, golongan profesional dan teknokrat yang berpendidikan tinggi pun percaya. Inilah yang cuba dielakkan dan kita harap CyberSecurity dan SKMM dapat mengambil tindakan, bukan sebab wujudnya Red Bean Army tetapi kandungan media sosial yang dikendalikan oleh mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, oleh kerana kira-kira 85 peratus pengendali media sosial di negara ini adalah propembangkang, kerajaan menghadapi kesukaran untuk menangkis tohmahan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, di samping tindakan undang-undang, kerajaan perlu melakukan tindakan progresif untuk menangkis fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang di alam siber.

Ahmad Zahid berkata, walaupun sesuatu maklumat itu salah dari segi fakta tetapi jika diulang banyak kali, kandungan itu akan dianggap sebagai benar oleh orang ramai.

“Pembangkang mungkin menggunakan taktik seperti Paul Joseph Goebbels, ‘menteri propaganda’ di zaman Adolf Hitler iaitu mengulangi sesuatu kandungan banyak kali sehingga dianggap benar,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130526/dn_04/KDN-tangani-fitnah-siber#ixzz2ULgPjF7q

© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Comment

Filed under Isu Semasa

Majlis Khatam Al Quran dan Penutup Program Asasi Ulul Albab SMK Imtiaz Melaka

Hari Jumaat 23.5.2013

Leave a Comment

Filed under Isu Semasa

Lawatan Ke Jabatan Pendaftaran Negara

Tarikh : 23 Mei 2013 Khamis

20130524-211821.jpg
20130524-211926.jpg
20130525-060602.jpg

20130525-060650.jpg

1 Comment

Filed under Diari Saya

Berita Harian | Polis mempunyai bukti, asas kukuh tahan tiga individu: Ahmad Zahid

Polis mempunyai bukti, asas kukuh tahan tiga individu: Ahmad Zahid
DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi berganding tangan bersama (dari kiri) Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja pertama beliau ke Jabatan Imigresen selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini. – Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mempunyai bukti dan asas kukuh untuk menahan Tamrin Abdul Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim, tengah hari tadi.

Beliau berkata, penahanan tersebut berada di bawah bidang tugas polis dan beliau tidak campur tangan.

Ditanya sama ada polis akan menahan ramai lagi dalam masa terdekat, beliau berkata, terserah kepada polis untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pendaftaran Negara di sini, hari ini.

Sementara itu, pada sidang polis hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan Tamrin, Tian Chua dan Haris tengah hari tadi mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Isnin lalu, Ahmad Zahid mengingatkan semua pihak polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang didapati cuba menjejaskan ketenteraman awam.

Beliau juga memberi jaminan semua ketua jabatan di bawah kementeriannya termasuk ketua polis negara mempunyai kuasa penuh untuk bertindak mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polismempunyaibukti_asaskukuhtahantigaindividu_AhmadZahid/Article/?bh

Leave a Comment

Filed under Isu Semasa

Kementerian Pertahanan, KDN rangka strategi baru perkukuh NBOS

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang merangka strategi baharu bagi memperkukuh inisiatif sedia ada dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perancangan mengenai strategi baharu itu dipermudahkan apabila kedua-dua menteri terbabit hanya bertukar portfolio dalam senarai Menteri Kabinet yang diumumkan baru-baru ini.

“Kami sudah sediakan 17 perkara yang harus diteruskan (dalam NBOS) dan ini akan dipermudahkan kerana Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) berada di Mindef dan saya di KDN.

“Maknanya ini bukan sesuatu yang mustahil untuk kita sempurnakan apa yang sudah dirancang,” katanya kepada pemberita pada majlis perpisahan bekas menteri pertahanan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut diraikan ialah bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad. Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglima ketiga-tiga perkhidmatan.

Program NBOS merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang memfokuskan kepada hasil yang memberi impak tinggi; kos minimum; dan pelaksanaan dengan kadar segera.

Sementara itu, Ahmad Zahid berharap kecemerlangan dalam sektor pertahanan akan dapat diteruskan penggantinya agar ketiga-tiga cabang perkhidmatan serta agensi yang berada di bawah kementerian berkenaan terus mantap.

“Saya harap kecemerlangan akan terus dicapai kerana kita sudah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke tahap 109 peratus dan kita telah mencapai ke tahap lima bintang, satu pencapaian yang dapat dibuat dalam tempoh kurang dari empat tahun,” katanya.

Pada majlis perpisahan itu, unit pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja mengalunkan ‘Auld Lang Syne’ manakala tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat memberikan kawalan kehormatan utama. – BERNAMA

Gambar majlis semalam :

20130522-181355.jpg

20130522-181418.jpg

20130522-181427.jpg

20130522-181520.jpg

20130522-181549.jpg

20130522-181600.jpg

Leave a Comment

Filed under berita

Jangan Politikkan Segala Tindakan Pihak Berkuasa – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan segala pelaksanaan dan tindakan pihak berkuasa dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Pihak berkenaan boleh menghadapi risiko besar sekiranya terus berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama sebagai menteri dalam negeri.

“(Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng harus membezakan antara objektif politik, langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang. Jangan mempolitikkan segala pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh IGP (ketua polis negara) atau lain-lain agensi yang berada di bawah KDN,” katanya.

Ahmad Zahid berkata ketua polis negara, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, diberi kuasa sepenuhnya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik.

Sebarang tindakan yang dilakukan di bawah KDN tidak boleh dianggap sebagai tindakan bermotifkan politik, tetapi berlandaskan kepada asas-asas perundangan yang sedia ada, katanya.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan tidak lagi memberi amaran, sebaliknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan menjejaskan ketenteraman awam negara.

“Kami tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, akta dan enakmen yang sedia ada, katanya.

Menyentuh kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung beberapa perkara berkaitan kenyataan beliau baru-baru ini, soal perundangan, pilihan raya dan sebagainya, Ahmad Zahid berkata perkara itu boleh dipertikai di Parlimen.

“Sebagai orang politik, kita berjumpa di gelanggang politik, gelanggangnya bukan di jalanan, bukan di padang terbuka, tetapi di Dewan Rakyat. Jangan gunakan forum di tempat lain,” jelas beliau.

Ahmad Zahid turut membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya

“Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia,” katanya.

Anggota Parlimen Bagan Datoh itu dibidas kerana membuat kenyataan menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Ahmad Zahid juga berkata bagi memastikan pelaksanaan KDN berjalan lancar, cadangan, pandangan dan kerjasama padu daripada semua pihak dialu-alukan, selain kritikan dan teguran.

“Kami perlukan sokongan dan dukungan daripada masyarakat keseluruhannya, ini termasuk pemimpin-pemimpin politik, sama ada dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan, NGO, individu dan institusi.

“Bukan sekadar memberikan maklum balas, aduan atau rungutan tetapi memberikan cadangan dan kerjasama kepada apa yang sedia ada dalam perundangan,, peruntukan yang digaris pandukan. Ia bukan untuk kepentingan politik kami,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Menteri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

– BERNAMA

Asal berita : http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=950863

1 Comment

Filed under Isu Semasa

Tunggu tindakan tegas – Zahid Hamidi

20130518-141703.jpg

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

“Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah ‘harganya’ berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

“Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130518/dn_01/Tunggu-tindakan-tegas—Zahid-Hamidi#ixzz2TccFi7G7
© Utusan

3 Comments

Filed under berita