Pelancong berkumpulan dari China ke Malaysia tidak perlu visa – Ahmad Zahid

image

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (duduk, tengah) menyatakan pelancong dari China yang mengunjungi Malaysia secara berkumpulan tidak lagi memerlukan visa. Foto – AWANI/Hamzah Hamid

KUALA LUMPUR: Pelancong China yang datang ke negara ini secara berkumpulan tidak lagi memerlukan visa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan yang dipersetujui Kabinet itu dibuat bagi melihat impak positif pada industri pelancongan negara namun akan dilakukan dan dipantau dalam satu tempoh percubaan.

"Ia hanya akan dilakukan untuk pelancong berkumpulan. Bagi pelancong China yang datang secara bersendiri, akan dicari jalan untuk melaksanakannya.

"Sebelum ini pada tahun 2010 hingga 2012, kita ada memberi visa sewaktu ketibaan (VOA) namun terdapat kes ia disalah guna seperti tinggal melebihi tempoh dan juga digunakan untuk mencari kerja," ujar beliau.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan.

Ahmad Zahid menambah, untuk memastikan perkara itu terkawal, pihak Imigresen, polis dan pasukan penguatkuasa lain akan menggerakkan mekanisme agar para pelancong itu pulang ke negara asal sebelum tempoh kunjungan berakhir.

"Cadangan ini tidak mempunyai matlamat sasaran dalam tempoh tertentu tetapi kita akan melihat sama ada ia memberi kelebihan manfaat pada industri pelancongan negara.

"Tempoh dan tarikh kuat kuasa pengecualian visa itu nanti akan diumumkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam masa terdekat.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan dalam sidang media sempena majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim Bagan Datoh di pusat beli-belah Sogo di ibu negara.

http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/pelancong-berkumpulan-dari-china-ke-malaysia-tidak-perlu-visa-ahmad-zahid-63117

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s