Kes kapal tangki hilang mungkin kerja orang dalam

image

16/06/2015 2:50pm

KUNDASANG – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan kes kehilangan kapal tangki di kawasan perairan Tanjung Sedili, Johor pada 12 Jun lalu merupakan kerja “orang dalam”.

Katanya, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas Menteri Pertahanan serta laluan serta kedudukan kapal tangki berkenaan, kehilangan kapal tangki itu adalah kes rompakan laut serta kerja orang dalam.

“Ini pengalaman saya sebagai mantan Menteri Pertahanan. Kita ada program dinamakan ‘eyes in the sky’, satu program khas di mana Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia bekerjasama (dan berpendapat) tidak ada lagi lanun atau piracy (sekarang).

“Apa yang berlaku ialah ‘sea robbery’ atau rompakan laut dan ini (kehilangan kapal tangki) termasuk dalam rompakan laut. Saya merasakan apa yang dinyatakan ada orang dalam kerana perjalanan ia (kapal), selok belok di mana kapal itu berada, barangan yang ada, memang tidak akan diperoleh daripada pihak luar kecuali orang dalam saja yang beritahu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat berkenaan Ops Kinabalu berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun lalu.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi Kementerian Dalam Negeri yang terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz3dJVu8woX

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s