KDN bentuk Lembaga Pengawalan Teks al-Hadis

KDN bentuk Lembaga Pengawalan Teks al-Hadis

05 Jun 2015 5:23 PM

image

image

PUTRAJAYA 5 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentuk Lembaga Pengawalan Teks al-Hadis dan Jawatankuasa Teks al-Hadis dalam tempoh dua bulan lagi bagi pelaksanaan standard kawalan teks hadis.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lembaga itu akan berperanan seperti Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran bagi mengawal penerbitan bahan-bahan berkaitan hadis palsu atau hadis yang disalah tafsir untuk kepentingan pihak tertentu.

Katanya, kementerian juga bercadang mewujudkan sebuah portal mengenai sumber rujukan agama Islam kedua itu berdasarkan nasihat ulama yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

"KDN bertanggungjawab dalam hal ehwal penerbitan teks berkaitan hadis jadi kami akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para ulama yang pakar dalam bidang ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pertemuan selama hampir dua jam bersama ulama hadis dan ahli akademik antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu diadakan bagi mendapatkan pandangan ulama dan ahli akademik yang pakar dalam bidang hadis bagi mengelakkan KDN memberi kelulusan kepada penerbitan-penerbitan yang tidak benar.

"Banyak hadis yang perlu diharamkan contohnya hadis-hadis yang merujuk soal jihad yang mempengaruhi bakal pengganas untuk masuk IS di Iraq dan Syria," katanya.- BERNAMA

– See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/agama/kdn-bentuk-lembaga-pengawalan-teks-al-hadis-1.99396#sthash.zhI2eIyD.dpuf

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s