Saringan pelawat asing lebih ketat

image

Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon sewaktu hadir pada sesi taklimat terbuka peringkat menteri mengenai pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB di New York, Amerika Syarikat, semalam.

Saringan pelawat asing lebih ketat
MOHD. ASRON MUSTAPHA
31 Mei 2015 1:59 AM

KUALA LUMPUR 30 Mei – Saringan keselamatan lebih ketat ke atas setiap pelawat asing menggunakan sistem saringan pemeriksaan penumpang (APSS) akan dilaksanakan di semua pintu masuk negara dalam usaha terbaharu kerajaan menangani ancaman militan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, serentak dengan pelaksana­an APSS yang bakal dikuatkuasakan itu, semakan komprehensif terhadap sistem imigresen negara juga akan dibuat bagi mengesan rekod jenayah setiap pelawat asing.

Katanya, langkah itu perlu memandangkan seramai 107 individu merangkumi 87 lelaki dan 20 wanita, termasuk 16 warga asing telah ditahan pihak berkuasa negara ini sejak Februari 2013 kerana terlibat dengan kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Sepanjang tempoh berkenaan juga, jelas beliau, seramai 63 rakyat Malaysia telah pergi ke Syria serta Iraq dan 11 daripadanya terkorban ketika terbabit dalam pertempuran menentang pihak keselamatan di kedua-dua negara bergolak tersebut.

Pendirian tegas Malaysia dalam menangani aktiviti militan itu disuarakan Ahmad Zahid semasa menyam­paikan ucapan pada sesi taklimat terbuka peringkat menteri mengenai pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Sesi taklimat yang pertama kali melibatkan penyertaan peringkat Menteri Dalam Negeri dari seluruh dunia itu dipengerusikan Menteri Luar Lithuania, Linas Linkevicius.

Mengambil kira ancaman militan itu, Ahmad Zahid menegaskan kepada PBB bahawa langkah kerajaan Malaysia memperkenalkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) berserta Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menangani Keganasan Di Luar Negara adalah tepat.

Selain menghadiri taklimat, Ahmad Zahid turut mengadakan perte­muan dengan Setiausaha Agung In­terpol, Jurgen Stock, bagi membincangkan aspek kepolisan moden serta keperluan berkongsi maklumat berhubung ancaman militan berikutan peningkatan pejuang asing di Syria dan Iraq.

Hasil perbincangan itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa peralatan moden dan peningkatan aspek bina upaya amat signifikan bagi menangani ancaman jenayah ren­tas sempadan terutama berkait soal militan selain mendapat kerjasama dengan masyarakat tempatan.

– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/saringan-pelawat-asing-lebih-ketat-1.97503#sthash.81nRIGIo.dpuf

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s