Kenyataan Media : Taklimat ‘Foreign Terrorist Fighters’ di PBB

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DALAM NEGERI
YB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
SEMPENA
TAKLIMAT TERBUKA PERINGKAT MENTERI
MAJLIS KESELAMATAN PBB RESOLUSI 2178
MENGENAI PEJUANG ASING
(FOREIGN TERRORIST FIGHTERS)
DI NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT

​Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri dan memberi ucapannya dalam Sesi Taklimat Terbuka Peringkat Menteri mengenai pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2178 mengenai pemantauan dan kawalselia pergerakan pejuang asing yang terlibat dengan Negara Islam (Islamic State) di Ibu pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat.

image

Memberi ucapan sesi taklimat terbuka peringkat Menteri di PBB

Resolusi 2178 ini telah diluluskan pada 24 September 2014 oleh Persidangan Agung PBB.  Ini merupakan kali pertama sesi Majlis Keselamatan PBB melibatkan penyertaan di peringkat Menteri Keselamatan atau Menteri Dalam Negeri.  Sesi ini telah dipengerusikan oleh TYT Linas Linkevicius, Menteri Luar Lithuania.

Di sesi ini, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkongsi mengenai initiatif yang diambil oleh Malaysia dalam menangani isu pejuang asing selaras dengan Resolusi 2178.

Antaranya adalah penggubalan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 dan Rang Undang-Undang Langkah-langkah Khas Menangani Keganasan di Luar Negara 2015.  Kedua-dua perundangan tersebut telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan menunggu perkenan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid telah menegaskan bahawa walaupun POTA (Prevention of Terrorist Act) adalah undang-undang pencegahan tetapi aspek pemulihan atau deradikalisasi turut diberikan tumpuan supaya individu terbabit dapat kembali ke pangkuan masyarakat.  Pendekatan ini turut digunakan semasa pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1969 yang telah dimansuhkan.

YB Menteri Dalam Negeri turut berkongsi di sesi tersebut bahawa sejak Februari 2013, seramai 107 individu merangkumi 87 lelaki dan 20 wanita termasuk 16 warga asing telah ditahan kerana terlibat dengan IS.  Beliau turut memaklumkan bahawa 63 warga tempatan telah pergi ke Syria dan Iraq dan 11 rakyat Malaysia telah terkorban di sana.

Dari segi pengukuhan keselamatan sempadan negara pula, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid telah berkongsi mengenai perancangan untuk melaksanakan Advanced Passenger Screening System (APSS) bagi tujuan saringan kemasukan pelawat asing berkunjung ke Malaysia. Ini termasuklah semakan komprehensif kepada sistem imigresen negara.

Diperingkat serantau pula, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan sebagai bakal Pengerusi Mesyuarat ke-10 Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan akan menganjurkan satu mesyuarat Khas ASEAN mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Ekstremis yang dijadualkan dilaksanakan di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2015.

Sesi Terbuka Peringkat Menteri Majlis Keselamatan PBB ini telah turut dihadiri oleh TYT Senator Jeh Johnson, Setiausaha Keselamatan Negara, Amerika Syarikat serta Menteri daripada negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB.

image

Bertemu Setiausaha Keselamatan Negara Amerika Syarikat Senator Jeh Johnson

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid juga telah berkesempatan bertemu dengan TYT Jurgen Stock, Setiausaha Agong Interpol.  Antara isu yang dibincangkan adalah aspek kepolisan moden dan keperluan perkongsian maklumat dengan pihak Interpol terutamanya mengenai peningkatan bilangan pejuang asing ke Iraq dan Syria.

image[/caption]
Bersama Setiausaha Agong Interpol Jurgen Stock

Pihak Interpol akan menggunakan pejabat serantau di Singapura untuk mempertingkatkan kerjasama dengan Malaysia di bidang membenteras jenayah rentas sempadan terutamanya jenayah siber.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa peralatan moden dan peningkatan aspek bina upaya amat signifikan bagi menangani ancaman jenayah selain mandapat kerjasama dengan masyarakat tempatan.

____________

Kementerian Dalam Negeri
30 Mei 2015

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s