KDN Jejak Ketua Sindiket Penyeludupan Manusia

zahid hamidiAhmad Zahid (kanan) meninjau Pagar Sempadan PB 14 sempena lawatan kerja Menteri Dalam Negeri ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik dan Sempadan Malaysia Thailand Padang Besar hari ini. – Foto Bernama

PADANG BESAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjejaki ketua-ketua sindiket penyeludupan manusia dan mereka yang bersekongkol dengan sindiket-sindiket terbabit dari Thailand, Myanmar dan Bangladesh.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan daripada negara sumber dan juga negara transit di dalam membanteras sindiket penyeludupan manusia.

“Kita dapati kebanyakan yang datang telah membayar wang untuk memasuki Malaysia dan wang ini dibayar kepada ketua sindiket, melalui sindiket-sindiket yang telah diwujudkan mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Malaysia menurutnya, telah melakukan yang terbaik dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing, ia mempunyai batas untuk membantu, terutamanya dari segi bilangan yang ditampung oleh depoh-depoh tahanan terbabit.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas melakukan tinjauan darat dan udara kawasan sempadan negara dengan Thailand bersama-sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di sini.

Katanya, selain operasi pemantauan dan kawalan, agensi penguatkuasaan negara dan Thailand turut berkongsi maklumat perisikan di dalam usaha mereka untuk membanteras jenayah penyeludupan manusia ini.

Terdahulu Ahmad Zahid dan Shahidan turut melawat Depoh Tahanan Jabatan Imigresen Malaysia di Belantik, Sik yang menempatkan 1,158 pendatang asing Rohingya daripada Myanmar, yang mendarat dengan bot di Pulau Langkawi pada 10 Mei lepas.

Menteri Dalam Negeri itu berkata setakat ini tidak ada negara yang menuduh Malaysia tidak membantu pendatang asing Rohingya dan Bangladesh itu.

“Kita berharap, mereka tidak dengan mudah menuduh Malaysia tidak melakukan sesuatu yang mengikut hak asasi manusia,” katanya dan menambah, negara-negara lain perlu tampil ke hadapan untuk membantu.

Sementara itu beliau turut meminta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) tidak bersikap lepas tangan dan membiarkan Malaysia menangani isu pelarian ini bersendirian.

“UNHCR, apabila Pati (pendatang asing tanpa izin) telah dibebaskan dari tahanan, hanya mengeluarkan kad UNHCR dan melepaskan tanggungjawab itu kepada Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai apa tindakan yang akan dilakukan terhadap pendatang asing yang ditahan di depoh tahanan, beliau berkata kertas siasatan akan dibuka dan pendakwaan akan dilakukan di mahkamah, selaras dengan peruntukan perundangan.

Menteri Dalam Negeri itu turut diberikan taklimat tentang keadaan semasa di kawasan sempadan negara, selain melakukan lawatan ke Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Padang Besar dan beberapa kawasan sekitar di sini. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kdn-jejak-ketua-sindiket-penyeludupan-manusia-1.391208

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s