BNBBC :: Zahid ziarah 2 anak mangsa kemalangan maut

Zahid ziarah 2 anak mangsa kemalangan maut

4 MEI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi ini menziarahi anak pasangan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) pada Sabtu lalu.

Beliau tiba kira-kira jam  9 pagi dan bertanya khabar tentang anak-anak mangsa sebelum menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

zahidanak2Ahmad Zahid memberi jaminan akan memastikan mereka yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dihadapkan ke muka pengadilan.

Menurut beliau, tindakan mereka yang terlibat sangat keterlaluan dan tidak dapat diterima seolah-olah tidak prihatin terhadap nyawa pengguna jalan raya lain.

Beliau menegaskan, walaupun ada yang mendakwa mereka terbabit ada kaitan dengan orang tertentu, individu yang menyebabkan insiden itu tidak akan terlepas.

Dalam kejadian itu. tiga sekeluarga termasuk seorang bayi tujuh bulan maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Keluarga berkenaan telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan rakannya di Putrajaya sebelum kejadian itu.

Sebelum pulang, dua lagi anaknya Nur Firuza Amira,7, dan Nur Firuza Aqila,4, ditinggalkan di rumah nenek mereka di Putrajaya dan dalam perjalanan pulang ke rumah ketiga-tiga mangsa terlibat dalam kemalangan.


Berita Bertarikh Pada 11:11 AM

http://www.bnbbc.my/?p=46112

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s