Pengundi Permatang Pauh Jangan Takut Buat Perubahan – Ahmad Zahid

BUKIT MERTAJAM, 30 April – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pengundi Parlimen Permatang Pauh supaya tidak takut untuk membuat perubahan pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu kali ini.

Pengarah Bersama Barisan Nasional (BN) bagi PRK Permatang Pauh itu berkata ini adalah masa untuk pengundi Permatang Pauh memberi peluang kepada BN untuk membawa perubahan di kawasan itu selepas 17 tahun di bawah PKR.

Beliau berkata calon BN Suhaimi Sabudin perlu diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya dan melakar sejarah baharu di Permatang Pauh dalam tempoh tiga tahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Kalau Suhaimi tidak ‘perform’ dalam tempoh tiga tahun ini, boleh tukar balik. Saya yakin Suhaimi ini orang baik. Beliau akan melaksanakan tanggungjawabnya kepada pengundi di Permatang Pauh.

“Saya yakin beliau akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di sini,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan penyampaian pingat kepada veteran ATM anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Persatuan Veteran ATM bersama Veteran ATM Permatang Pauh, di sini hari ini.

DSC_0825SLIDER2

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jika pengundi memberi peluang kepada Suhaimi untuk menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh, beliau akan memastikan peruntukan lebih untuk pembangunan kawasan itu meliputi Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.

“Contohnya di Parlimen Teluk Intan, selepas sembilan bulan BN memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, pelbagai projek pembangunan dibawa masuk ke Teluk Intan,” katanya.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 36 anggota Veteran ATM cawangan Permatang Pauh.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekaligus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 7 Mei.

http://www.umno-online.my/?p=133173&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s