Peruntukan khas lebih RM5 juta jika BN menang -Zahid | Berita Harian

Peruntukan khas lebih RM5 juta jika BN menang -Zahid

siti.sofia@bh.com.my

BUKIT MERTAJAM: Penduduk Permatang Pauh bakal menerima peruntukan khas lebih RM5 juta jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membaik pulih serta menaik taraf pelbagai kemudahan dan infrastruktur.

“Setiap Ahli Parlimen biasanya akan memperolehi peruntukan RM5 juta, tetapi di Permatang Pauh ini saya sendiri akan mengusulkan kepada Perdana Menteri untuk menambah peruntukan berkenaan.

“Ini bukan gula-gula pilihan raya, kita tahu Permatang Pauh amat memerlukan pembangunan. Justeru, peruntukan tambahan itu akan digunakan untuk menambah baik infrastruktur selain bagi tujuan kebajikan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Mobile UTC anjuran Kementerian Kewangan di Pusat Komersial Permatang Pauh, di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/node/49958?m=1


Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s