Landskap politik negara berubah jika berlaku kejutan di Permatang Pauh – Utusan Online

  Perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan 

 

BUKIT MERTAJAM 17 April – Landskap politik di Pulau Pinang dan negara akan berubah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya melakukan kejutan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 7 Mei ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 Solat Jumaat di Permatang Pauh

Beliau berkata, berdasarkan komitmen dan kesepaduan yang ditunjukkan UMNO negeri dan bahagian, BN yakin pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini akan menghasilkan satu kejutan.

“Keyakinan itu ditambah hasil kaji selidik yang kami lakukan, didapati rakyat telah jemu dengan apa yang mereka alami selama ini…bukan hanya dalam soal pembangunan tetapi mereka mula merasakan bahawa perubahan harus dilakukan.

 Mesyuarat bersama Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang  

“Mereka mahu supaya cita rasa yang baharu ini dapat mengubah landskap politik di Permatang Pauh,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama anggota jawatankuasa bahagian empat peringkat di Wisma Transformasi di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata jika jentera pilihan raya BN yang dibentuk itu berjalan dengan baik, isu sabotaj tidak akan timbul walau siapapun calon yang akan dipilih pucuk pimpinan BN untuk pilihan raya kecil itu.

“Calon BN untuk pilihan raya itu akan dipilih dalam kalangan kepimpinan UMNO yang ada sekarang di Permatang Pauh…calon yang disukai ramai, yang boleh menang.

 Melawat anggota polis trafik yang ditimpa kemalangan  

“Ketua (UMNO) bahagian (Permatang Pauh) telah menyatakan siapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon, maka baiah kita, aku janji kita (ialah) kita ketepikan perbezaan di kalangan kita…yang penting bukan calon itu, tetapi adalah calon yang mewakili UMNO yang bertanding atas tiket BN,” katanya.

Beliau bagaimanapun sedar banyak isu politik yang akan dimainkan pembangkang untuk menyerang BN terutama isu-isu terbaharu untuk memusnahkan imej parti.

  

  

Bertemu Dengan JKKP Permatang Pauh di Hotel Sunway 

Ahmad Zahid berkata pengumuman calon dan pelancaran jentera pilihan raya BN untuk Permatang Pauh akan dilakukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 April ini.

Ditanya berhubung kesediaan Pas Pulau Pinang menyokong calon PKR pada pilihan raya kecil itu, beliau berkata itu adalah permasalahan pembangkang yang harus dijawab oleh mereka. – BERNAMA

http://m.utusan.com.my/berita/politik/landskap-politik-negara-berubah-jika-berlaku-kejutan-di-permatang-pauh-1.81900

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s