KENYATAAN MEDIA LAWATAN KE SINGAPURA 


Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 13 dan 14 April 2015. 

Beliau telah menerima jemputan daripada Kerajaan Singapura sempena Majlis Perasmian Interpol Global Complex for Innovation Inauguration.

Kerajaan Singapura telah memanjangkan jemputan yang julung kalinya diadakan ini  kepada semua Menteri-Menteri Dalam Negeri dari setiap pelusuk dunia. Menteri-Menteri Dalam Negeri yang telah turut hadir adalah dari USA, Rusia, Argentina, Austria, Germany, Kuwait, Myanmar, Vietnam, UAE dan New Zealand.

 

Dato’ Seri Zahid telah berkesempatan untuk menghadiri perbincangan tertutup mengenai “Global Law Enforcement Efforts Against Cybercrime” yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean serta Majlis Perasmian bersama Interpol Global Complex for Innovation bertajuk “Membuka Cara Kerjasama Polis Melalui Pendekatan Kepelbagaian Pihak Berkepentingan”.

 

Malaysia dan Singapura sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama sedia ada yang khusus merangkumi aspek keselamatan cyber yang semakin mendapat perhatian global. Keperluan undang-undang sebagai garis panduan dan bertujuan untuk mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis panduan yang telah ditetapkan turut diberi perhatian. 


YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong bagi membincangkan kerjasama keselamatan dua hala di antara Malaysia dan Singapura.

  

Kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura TYT Lee Hsien Loong 

Semasa berada di Singapura, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dijemput oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura, TYT Teo Chee Hean untuk membuat lawatan rasmi ke Pusat Kawalan Operasi Polis Singapura.

YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut membuat lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Singapura, Kementerian Dalam Negeri Singapura untuk melihat contoh yang boleh dikongsi bagi membuat penambahbaikan dalam mengawal selia banduan di penjara Malaysia.


YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut akan mengadakan pertemuan dengan TYT K Shanmugam Menteri Luar Singapura.



_____________________________________________

Kementerian Dalam Negeri

 14 April 2015

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s