KDN syor JPAM terajui usaha menyelamat – Zahid | Berita Harian


ZAHID bersama barisan artis (dari kiri) Ibnor Reza, Nasir Wahab, Norish Karman dan Hasnol pada majlis makan malam khas bersama artis bersekutu di sini malam ini. – Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) diberikan peranan utama dalam menerajui usaha menyelamat dan urusan penyaluran bantuan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kini terdapat banyak organisasi, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) mengendalikan bantuan dan usaha menyelamat ketika bencana berlaku sehingga sering dilihat tidak tersusun.

“Maka, ramai pemimpin negara mahukan satu agensi tunggal mengetuai usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan supaya dapat berjalan dengan lancar. Mereka rasakan JPAM terbukti dalam malapetaka besar dan setempat.

“Saya akan terus berjuang dalam mesyuarat jemaah menteri atau mesyuarat berkaitan agar JPAM diberi peranan utama dalam mengetuai organisasi menyelamat,” katanya pada majlis makan malam khas bersama artis bersekutu di sini malam ini.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Abdul Samad.

Pada majlis sama, sebanyak 70 artis antaranya Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim dan Nassier Wahab diraikan bagi menghargai sokongan kepada JPAM.

Ahmad Zahid menyeru agar artis bersekutu JPAM menarik lebih ramai golongan artis dan selebriti menyertai JPAM khususnya dalam kerja-kerja kesukarelawan. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/46478?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s