Rundingan KL, Phnom Penh Hampir Selesai – Utusan Online

   

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu dirangka bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara membabitkan jenayah rentas sempadan. 

 “Malaysia menghargai Kemboja sebagai rakan strategik dan kita juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih erat, terutama dalam aspek keselamatan di rantau Asia Tenggara. 

“Kedua-dua buah negara menekankan kepentingan mempunyai hubungan dua hala yang akrab dalam memerangi ancaman jenayah rentas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

 Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Phnom Penh mulai semalam untuk berbincang dengan kerajaan Kemboja mengenai kerjasama membanteras jenayah pemerdagangan manusia. 

 Selain itu, lawatan tersebut juga untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada rakan sejawat beliau sempena Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-10 (AMMTC) dan Mesyuarat Khas Menteri-menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikal serta Keganasan Melampau yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. 

 Dalam pada itu, Ahmad Zahid diberi pingat Grand Cross of the Royal Order of Munisaraphoin oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, atas sumbangan besar beliau kepada negara tersebut.

Pingat yang diperkenalkan pada 1905 itu hanya dianugerahkan kepada tokoh yang berbakti dalam bidang sastera, seni, pendidikan, kehakiman, sains dan pentadbiran atas perkenan raja Kemboja.

   http://m.utusan.com.my/berita/nasional/rundingan-kl-phnom-penh-hampir-selesai-1.74436

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s