Lawatan Kerja Ke Kemboja 26-27 Mac 2015

Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja pada 26 dan 27 Mac 2015.

Tujuan lawatan kerja YB MDN ke Kemboja adalah untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada rakan sejawat beliau sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-10 (10th AMMTC) dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau di Kuala Lumpur pada 28 September hingga 2 Oktober 2015.

YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan TYT Am Sam An, Setiausaha Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri Kemboja bagi membincangkan kerjasama keselamatan dua hala di antara Malaysia dan Kemboja.

Malaysia dan Kemboja sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama sedia ada yang merangkumi aspek imigresen, pemerdagangan orang, penyeludupan dan penyalahgunaan dadah. Malaysia dan Kemboja sedang mengadakan rundingan untuk memuktamadkan satu Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Dalam Membanteras Pemerdagangan Orang.

Kedua-dua buah negara turut
menekankan kepentingan mempunyai hubungan dua hala yang akrab di dalam memerangi ancaman jenayah rentas sempadan di rantau ini. Malaysia menghargai Kemboja sebagai rakan strategik dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih erat dan baik dalam aspek keselamatan di rantau ini memandangkan kedua Negara adalah rakan anggota ASEAN.

Semasa berada di Phnom Penh, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dijemput untuk merasmikan Masjid Al-Serkal Grand Mosque di Phnom Penh.

Kerajaan Kemboja telah membina Masjid Negara Kemboja yang diberi nama Masjid Al-Serkal, Phnom Penh. Masjid ini mula dibina pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada Januari 2015 yang berkeluasan 1,800 meter persegi yang mampu menampung 2,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini akan disempurnakan oleh Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, Perdana Menteri dan Samdech Kitti Prith Bandith Bun Rany Hunsen.

Masjid ini dibina hasil sumbangan masyarakat Islam antarabangsa yang menjadi tanda kerjasama masyarakat antarabangsa dalam membantu saudara Islam di Kemboja. Upacara yang julung-julung kali diadakan di Phnom Penh ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian masyarakat Islam di dalam dan luar Kemboja.

Pengiktirafan ini juga adalah satu tanda penghormatan bagi masyarakat Islam dan kerajaan Malaysia yang telah banyak membantu masyarakat Islam Kemboja melalui usaha kerajaan, agensi-agensi dan NGO-NGO.

Rakyat Kemboja telah lama hidup di dalam peperangan dan kemusnahan sejak pengambil alihan kuasa 1970, melalui perang saudara, keganasan rejim Khmer Rouge (1975–1979), pemerintah komunis sehinggalah campurtangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNTAC dalam mengembalikan negara tersebut kepada keadaan asal selepas ia merdeka. Iaitu berjaya mengembalikan kuasa Raja Perpelembagaan dan proses demokrasi.

Dalam kemusnahan dan kedaifan ini, masyarakat Islam Kemboja (majoriti dari mereka adalah berasal dari etnik Melayu Cham atau Champa) juga menerima nasib yang sama seperti rakyat Kemboja lain. Penderitaan ini menyebabkan kesinambungan dan pembangunan pendidikan Islam terputus.

Oleh yang demikian, UNTAC, kerajaan Malaysia, syarikat swasta dan NGO-NGO telah bergabung dalam membantu masyarakat Kemboja atas semangat ASEAN.
Antara titik fokus bantuan-bantuan NGO dari Malaysia ialah membantu masyarakat Islam Kemboja. Program-program seperti Korban dan Aqiqah, Wakaf Al Quran, kelas Al Quran, pendidikan Fardhu Ain, pembinaan masjid dan sekolah agama banyak dipelopori oleh NGO-NGO dari Malaysia.

Antara inisiatif yang menjadi pemangkin kepada usaha NGO-NGO dalam membantu masyarakat Islam di Kemboja ialah program Wakaf Al Quran yang dipelopori oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermula sedari beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam. Kemudian usaha ini diperkasakan dan diteruskan ketika beliau sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.

Program ini secara tidak langsung telah merintis jalan ke arah program-program lain seperti kelas Al Quran, kelas Fardhu Ain, pembukaan Sekolah Agama dan pembangunan dakwah Islam di Kemboja.
Dalam majlis tersebut juga, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai penerima Darjah Kebesaran dari kerajaan Kemboja dan menerima Pingat ‘Grand Cross of the Royal Order of Munisaraphoin daripada Perdana Menteri Kemboja , Hun Sen.

Pingat ini diperkenalkan pada tahun 1905 oleh Raja Sisowath, Raja Kemboja pada ketika itu. Pingat yang dianugerah atas perkenan Raja Kemboja ini adalah kepada tokoh yang telah berbakti dalam bidang sastera dan seni, pendidikan, kehakiman, pentadbiran, dan sains.

Pingat Royal Order of Monisaraphon ini terbahagi kepada lima kelas di mana kelas tertinggi ialah Maha Sirivudha atau Grand Cross, diikuti dengan Mahasena atau Grand Officer, Adipati atau Commander, Sena atau Officer and Askararidhaatau Knight.

IMG_0353

IMG_0385

IMG_0412

IMG_0400

IMG_0401

IMG_0394

IMG_0404

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s