BNBBC – Isu FBI: Zahid bersumpah nafi fitnah pembangkang

Isu FBI: Zahid bersumpah nafi fitnah pembangkang

Oleh FAZREEN KAMAL

24 MAC: “Saya ingin menegaskan pada bila-bila masa saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul Phua Wei Seng dan malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak pernah dapat walau satu sen pun duit daripada apa yang saya tuliskan.”

Itu tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menangkis dakwaan pembangkang yang dituduh bersekongkol dengan Paul Phua.

ahmad zahid par“Sebagai seorang Islam, wallahi wabillahi wattallahi saya tidak pernah mendapat kepentingan satu sen pun daripada penjudi berkenaan, malah saya tidak pernah bersekongkol dengan orang itu,” katanya ketika penggulungan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Selasa.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turut menjelaskan tidak pernah mempunyai apa jua hubungan dengan Paul dan apa yang dilakukan oleh kementeriannya hanyalah memberi penjelasan berhubung kewarganegaraan Paul Phua.

“Saya juga menegaskan pada bila-bila masa pun saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul, malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak dapat satu sen pun.”

Tambahnya ada beberapa perjanjian di antara Malaysia dengan negara luar seperti Amerika Syarikat termasuklah perjanjian pertukaran maklumat.

“Saya minta jangan dipolitikkan atau provokasi isu ini, kalau Shah Alam nak buat, buatlah tetapi saya tegaskan disini saya tidak pernah terlibat,” katanya lagi.

http://www.bnbbc.my/?p=41936#.VRFA33d545Y.twitter

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s