BERNAMA – Tweet KPN Tidak Bertujuan Menakutkan Atau Bermotifkan Politik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan melalui akaun Twitternya bukan bertujuan menakutkan pihak tertentu atau bermotifkan politik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap profesional, tidak memihak dan sentiasa mengekalkan undang-undang serta ketenteraman awam, mencegah dan mengesan penjenayah dengan pendekatan tanpa gentar atau pilih kasih.

“Sehubungan itu PDRM memaklumkan kepada orang ramai mengenai tindakan yang diambil melalui Twitter dengan mengambil kira perkara-perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam dan kejayaan dicapai oleh PDRM,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) mengenai kesesuaian tindakan Ketua Polis Negara menggunakan Twitter untuk mengeluarkan arahan bagi mengambil tindakan menahan individu.

Ahmad Zahid berkata hebahan sebegitu tidak menyalahi sebarang undang-undang serta peraturan yang sedia ada dan mudah serta cepat disebarkan kepada masyarakat umum.

Beliau berkata PDRM memandang serius kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan telah menggunakan media sosial untuk mempengaruhi atau menghasut pihak ketiga sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Justeru itu, semua pihak perlu menitikberatkan langkah pengawalan dan waspada bagi mengelak tercetusnya sentimen perkauman dan keagamaan,” katanya.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s