Semua perlu sokong Undang-Undang Anti Keganasan – Nasional – Sinar Harian

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak termasuk pembangkang akur dan menerima Undang-Undang Anti-Keganasan kerana ia digubal demi kebaikan bersama.

Jelas zahid, pihak pembangkang tidak perlu mempolemikkan perkara ini kerana penggubalan undang-undang tersebut bagi mencegah aktiviti keganasan terutama kegiatan militan bukan bersifat politik sepertimana yang didakwa.

“Ia tidak digubal bagi menyekat kebebasan bersuara apatah lagi untuk menyekat hak asasi manusia.

“Semua pihak termasuk ahli parlimen pihak pembangkang perlu menyokong kerana ia tidak sekat sesiapa, ia adalah untuk pencegahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke -13, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mengulas mengenai titah Agong yang mahu usaha berterusan memperkukuh kawalan keselamatan dan ketenteraman awam khususnya menangani pengganas di Sabah dan membendung penukaran fahaman ekstremis agama melalui penglibatan kegiatan militan IS.

Menurutnya, Undang-Undang Akta Keganasan itu merupakan satu langkah mencegah dan semua pihak perlu memandang positif.

“Kita guna akta tersebut bukan bertujuan politik tetapi hanyalah langkah untuk mencegah.

“Mereka yang tidak berpuas hati boleh kritik, tetapi kerajaan akan buat apa yang perlu bagi memastikan keselamatan negara dijaga,” katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan penggubalan akta tersebut ditentukan oleh panel-panel dan bukan menteri itu sendiri.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/semua-perlu-sokong-undang-undang-anti-keganasan-1.366946

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a comment