Ada usaha terancang serang 1MDB – Ahmad Zahid | Berita Harian

KOTA BAHARU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didorong pihak tertentu yang mempunyai agenda kepentingan politik.

Beliau berkata serangan, spekulasi dan khabar angin yang sedang berlaku itu bukan hanya memberi kesan negatif kepada 1MDB, malah juga sentimen pelabur asing.

“Sebarang serangan terhadap 1MDB adalah satu bentuk serangan ke atas negara juga dan mereka seharusnya bertanggungjawab bagi setiap tuduhan palsu dan fitnah terhadap 1MDB,” katanya selepas Majlis Aspresiasi Petugas Pengurusan Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Deloitte, sebuah daripada syarikat perakaunan ternama sudah memaklumkan kepada Jemaah Menteri semalam bahawa disebabkan dakwaan tidak berasas itu, mereka menjalankan pengauditan lebih terperinci bagi akaun 1MDB.

“Ini termasuk membawa masuk pakar-pakar forensik untuk memeriksa dokumen yang berkaitan. Deloitte juga menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan akaun 1MDB itu dan setuju memperakuinya,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwi-partisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/38736?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s