KDN tubuh Yayasan Koreksional di penjara – Utusan Online

IMG_6436

KDN tubuh Yayasan Koreksional di penjara

KAJANG 27 Feb. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal menubuhkan Yayasan Koreksional di Jabatan Penjara Malaysia (JPM) bagi mewujudkan lebih ramai banduan mendapat pendidikan tinggi.

Yayasan berkenaan akan membantu JPM dalam melaksanakan program pemulihan secara holistik yang dilihat mampu memberi manfaat besar kepada banduan apabila melangkah keluar dari penjara kelak.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak kementerian kini dalam proses untuk memohon bantuan daripada Perbendaharaan bagi mewujudkan yayasan berkenaan.

Katanya, jika diluluskan, akaun amanah yang diusahakan itu bakal memberi manfaat dari segi kewangan kepada banduan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ketika sedang menjalani hukuman di dalam penjara.

“Program pengajian yang diambil segelintir banduan ternyata memberi manfaat besar kerana 100 peratus banduan yang terlibat tidak lagi melakukan jenayah selepas dibebaskan. Itu merupakan kejayaan 100 peratus.

“Walaupun hukuman telah dijatuhkan namun program pemulihan (correctional) harus dilakukan kerana apabila banduan keluar dari penjara nanti, mereka akan me­nyumbang bakti kepada masyarakat dan seterusnya tidak mengulangi semula kesalahan yang mereka dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan rasmi di Penjara Kajang di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Zulkifli Omar dan Pengarah Penjara Kajang, Abdul Wahab Kassim.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kdn-tubuh-yayasan-koreksional-di-penjara-1.64645

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s