Menteri Imigresen Australia enggan ulas kes Sirul : Utusan Online

IMG_6316
Ahmad Zahid Hamidi berjabat tangan dengan Petter Dutton

PUTRAJAYA 26 Feb. – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang melarikan diri ke Australia boleh dibawa balik jika diberi pengampunan, dengan hukuman gantung ditukar kepada penjara seumur hidup.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika pengampunan diberikan, maka kerajaan mungkin boleh membawa balik Sirul Azhar melalui perjanjian ekstradisi yang ada antara Malaysia dengan Australia.

“Kalau pengampunan diberikan iaitu daripada hukuman gantung kepada penjara seumur hidup, maka kita ada hak untuk minta Sirul Azhar dibawa balik,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Kawalan Sempadan Australia, Peter Dutton di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dutton enggan memberi ulasan tentang soal ekstradisi Sirul Azhar walaupun di­tanya berkali-kali oleh pemberita.

Ketika diajukan pertanyaan tentang Sirul Azhar, beliau sekadar berkata, pihak Australia akan meneliti dan mempertimbangkan sebarang permohonan untuk ekstradisi.

“Undang-undang berhubung pri­vasi di Australia sangat ketat dan menghalang saya berbicara tentang kes individu. Proses perundangan Australia perlu diikuti dan kadang­kala mungkin mengambil masa yang lama,” katanya.

Ditanya sama ada Sirul Azhar akan didakwa di Australia dan tentang visa rakyat Malaysia itu, Dutton sekali lagi enggan mendedahkan sebarang maklumat.

“Saya tak mahu komen tentang kes individu, perkara itu tertakluk kepada undang-undang di Austra­lia,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota UTK iaitu Sirul Azhar dan Azilah Hadri selepas mereka didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kira-kira sembilan tahun lalu.

Walaupun sudah ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia, pihak berkuasa negara itu bagaima­napun dilaporkan tidak akan meluluskan permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul Azhar.

Media Australia melaporkan Jabatan Peguam Negara Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/menteri-imigresen-australia-enggan-ulas-1.64194

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s