BERNAMA – Hormati Ketua Polis Negara Sebagai Sebuah Institusi – Ahmad Zahid Hamidi

FW381595_PTJ11_260215_ZAHID_AUS-scr.jpg
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
PUTRAJAYA, 26 Feb (Bernama) — Ekoran ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa KPN perlu dihormati sebagai sebuah institusi dan bukan sebagai individu.

Ketika mengulas klip video yang memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelar diri mereka sebagai “Anak Malaysia Anti Demokrasi” yang mengancam untuk membunuh KPN dan meletupkan keretanya, Ahmad Zahid berkata ancaman seperti ini terhadap pegawai awam harus dielakkan.

“Tolong hormat institusi ini kerana tanggungjawab utamanya ialah memastikan unsur-unsur keselamatan direalisasikan secara umum dan kedudukan beliau perlu dihormati,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ) di sini Khamis.

“Apa-apa kenyataan yang dikeluarkannya bukan kenyataan peribadi beliau tetapi mewakili institusi,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan semalam, Khalid berkata beliau tidak gentar terhadap ugutan bunuh yang diterimanya dan beliau langsung tidak bimbang terhadap ugutan bunuh kerana sebagai KPN, menerima ugutan bunuh adalah lumrah ketika menjalankan tugas.

Khalid berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memantau aktiviti kumpulan itu dan sedang mengenal pasti identiti anggotanya.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s