Kemelut MIC perlu diselesaikan ikut kaedah politik – Zahid Hamidi

SELASA, 24 FEBRUARI 2015 @ 12:48 PM

Oleh Fitri Nizam

bhnews


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat peralatan JPAM ketika membuat lawatan ke Ibu Pejabat JPAM di sini hari ini. – Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Kemelut yang melanda MIC ketika ini perlu diselesaikan menerusi kaedah politik, bukan perundangan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kaedah politik itu merujuk kepada persetujuan yang sudah dicapai hasil perbincangan bersama kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Kita harap masalah yang berlaku dalam MIC ketika ini diselesaikan dengan kaedah politik seperti yang dipersetujui menerusi pertemuan antara pemimpin atasan parti itu (dengan pemimpin BN) sebelum ini.

"Jika ini pun tidak selesai, bagaimana mahu bantu menyelesaikan masalah kaum India di negara ini," katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Jalan Padang Tembak di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan

Ketua Pengarah JPAM, Datuk Zaitun Ab Samad.

Ahmad Zahid berkata, kementerian serta agensi dibawahnya termasuk Pendaftar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sememangnya tidak pernah dan mahu campur tangan dalam kemelut yang melanda MIC ini.

Sebelum ini, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel mencabar akan mengambil tindakan mahkamah terhadap ROS berikutan arahan agensi itu yang meminta supaya pemilihan semula MIC diadakan yang disifatkan beliau seperti mahu mencampuri urusan parti itu.

http://www.bharian.com.my/node/36572

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s