@KDNPutrajaya hantar 24,700 sukarelawan – Nahas & Bencana – Utusan Online #Banjir2014

PUTRAJAYA 3 Jan. – Kementerian Da­lam Negeri (KDN) menghantar 24,700 sukarelawan bagi menyalurkan bantuan pasca banjir kepada mangsa-mangsa di negeri yang terlibat dengan bencana itu bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghantaran sukarelawan itu yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan termasuk agensi di bawah KDN turut membabitkan 36 buah kenderaan terdiri daripada 25 lori, 10 pacuan empat roda dan sebuah treler.

“Usaha ini turut melibatkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana mereka akan mengagihkan bantuan antaranya makanan, pakaian dan keperluan asas selain membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir.

“Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan para sukarelawan untuk menyelaras bantuan ini berjalan lancar dan pada petang ini saya sendiri akan turun ke Perak untuk meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Misi Bantuan Skuad Muda KDN di Kompleks D, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas pendedahan sebuah akhbar berhubung kegiatan penjualan akhbar asing tanpa permit di ibu negara, Ahmad Zahid memberitahu, beliau telah mengeluarkan arahan untuk merampas akhbar-akhbar tersebut dengan segera.
Ujarnya, satu pasukan daripada Bahagian Penerbitan KDN telah merampas 1,119 naskhah akhbar asing tanpa permit di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang pada pagi tadi.

“Saya ingin tegaskan bahawa penjualan akhbar asing tanpa permit merupakan satu kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan kita tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.

“Oleh itu, saya atau pegawai kementerian akan mengadakan pertemuan bersama duta-duta negara akhbar tanpa permit berkenaan pada Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan daripada mereka,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kdn-hantar-24-700-sukarelawan-1.44202#sthash.k3QiEzFG.dpuf

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “@KDNPutrajaya hantar 24,700 sukarelawan – Nahas & Bencana – Utusan Online #Banjir2014

  1. Alhamdulillah.Semuga dapat meringankan beban dan trauma mangsa2 banjir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s