Malaysia tidak berhasrat mohon ekstradisi Alvin Tan, Ali Abdul Jalil | Berita Harian

Malaysia tidak berhasrat mohon ekstradisi Alvin Tan, Ali Abdul Jalil | Berita Harian

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berhasrat membuat permohonan ekstradisi blogger kontroversi, Alvin Tan, dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil, ke Malaysia bagi menghadapi tindakan undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tiada cadangan atau usaha melakukan ekstradisi setakat ini walaupun ada perjanjian ekstradisi dengan negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alan Bersin, di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad Zahid, bagaimanapun, yakin Tan dan Ali yang kini berada di luar negara untuk mendapatkan perlindungan politik akan pulang ke tanah air suatu hari nanti.

“Sejauh-jauh bangau terbang, akan balik ke belakang kerbau,” katanya.

Apabila ditanya sama ada kerajaan akan menggugurkan kerakyatan Tan dan Ali, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia tidak sekejam itu.

“Mereka adalah anak kelahiran Malaysia. Tiada pasport sudah cukup menyeksa,” katanya.

Semalam, Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa pasport Malaysia Antarabangsa Tan dan Ali ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.

– BERNAMA

Ethnic Chinese Alvin Tan, left, and Vivian Lee walk at a court house in Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, July 18, 2013. Prosecutors have charged Tan and Lee, who are both non-Muslims, with sedition and inciting religious enmity after they posted a photograph on Facebook considered an insult to the Muslim holy month of fasting. They face up to eight years in prison if convicted of both charges in the Muslim-majority nation.(AP Photo) MALAYSIA OUT

http://www.bharian.com.my/node/22302?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s