Tiga elemen perkasa Akta Hasutan 1948 – Nasional – Utusan Online

Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Idris Haron dan isteri, Fadilah Abdullah

Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Idris Haron dan isteri, Fadilah Abdullah menaiki motosikal berkuasa tinggi roda tiga pada Karnival Permotoran Melaka 2014 di Ayer Keroh, semalam. – Utusan/ GAIE UCHEL

Advertisement

MELAKA 30 Nov. – Kementerian Dalam Negeri menggariskan tiga elemen yang akan diambil kira dalam meminda dan memperkasakan Akta Hasutan 1948 bagi memastikannya terus sesuai diguna pakai pada masa kini dan akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga elemen itu berkaitan aspek media sosial berikutan perkembangan teknologi masa kini, sensitiviti keagamaan serta isu Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa aspek lain yang perlu dilihat bagi memperkasakan akta tersebut yang akan dibawa ke dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac tahun depan, namun tiga elemen tersebut merupakan isu yang perlu diberi perhatian serius demi keselamatan dan keharmonian negara.

“Saya bersama Penasihat Undang-undang kementerian akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara dan pengamal perundangan untuk melihat beberapa aspek yang harus diperkasakan dan dipinda.

“Dalam 20 hingga 30 tahun akan datang mungkin istilah yang ada pada hari ini tidak sesuai lagi, maka ini perlu dipersesuaikan untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Permotoran Melaka 2014 di Autocity Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan negeri, Datuk Norpipah Abdol.

Jelas Ahmad Zahid, semasa Akta Hasutan digubal, media sosial masih belum wujud, malah beberapa medium komunikasi seperti yang ada pada masa kini juga belum wujud.

Selain itu, katanya, terlalu banyak isu keagamaan yang sensitif dibangkitkan pada masa kini bukan hanya oleh orang bukan Islam berkaitan isu pokok kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi juga oleh orang Islam yang memburukkan agama lain.

“Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja, tindakan mesti diambil dengan segera terhadap mana-mana individu yang menyentuh agama lain dengan niat untuk memburukkannya,” tegasnya.

Kata beliau, dalam soal Sabah dan Sarawak, sudah ada tindakan oleh individu atau kumpulan yang mahu membawa keluar negeri tersebut dari Malaysia, oleh itu perkara tersebut juga perlu disentuh di bawah Akta Hasutan.

Menurutnya, apabila pindaan akta tersebut dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong serta diwartakan pada tahun hadapan, maka Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berupaya mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar kesalahan di bawah akta berkenaan.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-elemen-perkasa-akta-hasutan-1948-1.31302#sthash.Y6NWNFCq.dpuf

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s