3 elemen penting diambil kira perkasa Akta Hasutan – Ahmad Zahid | Berita Harian


MENTERI Dalam Negeri dan juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan media pada temuramah khas di PWTC, baru-baru ini. – Foto Farizul Hafiz Awang

MELAKA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga elemen penting yang diambil kira dalam memperkasa Akta Hasutan 1948.

Elemen itu ialah hasutan di internet terutama media sosial, sensitiviti keagamaan serta isu membawa keluar Sabah serta Sarawak dari Malaysia.

Beliau berkata elemen berkenaan perlu diambil kira kerana ia amat penting dalam mengukuh perpaduan dan keharmonian antara rakyat berbilang latar belakang.

“Ini (tiga elemen itu) merupakan sebahagian daripada banyak elemen yang kita teliti bagi memperkasa Akta Hasutan.

“Perbincangan dilakukan bersama penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk melihat apa yang perlu diperkasa dan dipinda.

“Pindaan akta ini dijangka dibentang di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program ‘From Bikers 4 Gaza’ dan Karnival Motosikal Melaka di Autocity, Ayer Keroh hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Program From Bikers 4 Gaza bertujuan meraih sumbangan bagi membantu rakyat Gaza yang ditindas regim zionis Israel manakala Karnival Motosikal Melaka selama dua hari bermula semalam mengumpulkan lebih 200 motosikal pelbagai jenis dan turut menampilkan 30 khemah pameran juga jualan produk motosikal.

Ahmad Zahid berkata hasutan di Internet terutama di media sosial tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja dan perlu dibendung supaya ia tidak menjadi barah perosak keharmonian negara.

“Akta Hasutan diperkenalkan pada 1948 yang mana pada waktu itu tiada internet.

“Maka akta ini perlu dipinda bagi mengambil kira bentuk komunikasi internet, juga bentuk komunikasi moden yang lain,” katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan akta khusus bagi menangani salah laku Internet dan pihak polis sentiasa bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menangani salah laku itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang desakan untuk membawa pulang abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

“Kita tidak benarkan sama sekali (bawa pulang abu mayat) kerana kita amat hormati sensitiviti anak dan cucu-cicit anggota tentera, polis dan juga rakyat Malaysia sekarang yang mana anggota keluarga mereka terkorban angkara kekejaman Chin Peng dahulu,” katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan desakan sebuah badan bukan kerajaan yang mahu kerajaan Malaysia menghormati ‘Hatyai Peace Accord’ pada 2 Disember 1989 yang dicapai antara PKM dan kerajaan Thailand, dengan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/20723?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s