Peluang generasi X dan Y : Era sekat generasi muda sudah lama berlalu dalam UMNO – Ahmad Zahid

NAZMIL NASIRUDDIN | 24 November 2014 2:55 AM

AHMAD ZAHID HAMIDI (tiga dari kiri) bermain gitar bersama kakitangan Portal myFilem ketika melawat K

AHMAD ZAHID HAMIDI (tiga dari kiri) bermain gitar bersama kakitangan Portal myFilem ketika melawat Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem Kementerian Dalam Negeri di pekarangan pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 23 Nov. – Era pemimpin lama menyekat peluang generasi muda mendapat tempat di dalam parti sebenarnya telah lama berlalu dalam UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti perlu sedar bahawa jawatan yang dipegang itu bukanlah milik keturunan mereka untuk selamanya.

“Selain itu, kita bukan ketua perang yang menganggap jawatan dalam parti menjadi kepunyaan kita dan harus dimiliki oleh keturunan kita atau dipegang oleh kita.

“Saya fikir bila tiba masanya, kalau sudah mendapat tanda bahawa kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundurkan diri sebelum kita diundurkan,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan muda diberikan ruang di dalam parti dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem (LPF), di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pagi ini.

Dalam ada itu, Ahmad Zahid berkata, mesej yang disampaikan oleh Presiden parti itu jelas menunjukkan bahawa ruang terbuka luas untuk generasi X dan Y menyertai UMNO.

Beliau berkata, keterbukaan itu termasuklah dengan mengubah peruntukan kemasukan ahli baharu ke dalam parti.

“Antaranya, ahli boleh menyertai UMNO tanpa perlu melalui cawa­ngan sebagai mana cara biasa tetapi boleh dilakukan melalui ibu pejabat.

“Tujuannya adalah supaya dipermudahkan kemasukan golo­ngan profesional dan anak muda yang dulu kononnya disekat oleh ketua cawangan dan bahagian tertentu untuk menyertai UMNO,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/peluang-generasi-x-dan-y-1.28590#sthash.TLCRdZjw.dpuf

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s