Karyawan filem, LPF perlu saling lebih memahami – Ahmad Zahid | Berita Harian


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika lawatan ke gerai pameran Media Prima selepas majlis perasmian Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem (LPF) di Alamanda Putrajaya hari ini. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA : Persefahaman di antara karyawan filem dan Lembaga Penapis Filem (LPF) perlu ditingkatkan supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan lebih berkesan.

Menegaskan demikian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata untuk itu karyawan seni hendaklah menyedari bahawa LPF mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi (dalam melakukan penapisan filem).

“Pada waktu yang sama LPF harus tahu susah-payah para pengeluar filem menghasilkan karya masing-masing dan (LPF) tidak sewenang-wenangnya memotong babak,” katanya.

Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas merasmikan Karnival 60 Tahun LPF di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan karnival itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya penonton filem bahawa LPF ada tanggungjawab dari segi sosial, agama dan perundangan dalam meluluskan tayangan sesebuah produksi kreatif.

Ahmad Zahid berkata kajian semula mengenai garis panduan penapisan filem adalah berdasarkan keperluan dan situasi semasa.


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan warga kerja dan pelakon dari Metrowealth International Group (MIG) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo (empat dari kanan) selepas merasmikan Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem Malaysia di pusat beli belah Alamanda di sini hari ini. Turut sama ialah Pengerusi Lembaga Penapis Filem, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid (kiri). – Foto BERNAMA

Ditanya mengenai filem ‘The New Village’ yang ditangguh tayangannya pada Julai 2013, beliau menjelaskan setakat ini LPF belum buat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

“Tapi kajian LPF mendapati memang ada unsur-unsur tersembunyi dalam dialog yang pada hemat mereka tidak sesuai untuk dipertontonkan,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut ‘The New Village’ mengandungi unsur-unsur yang memperjuangkan komunis.

KDN kini meneliti semula kandungan filem itu, kata Ahmad Zahid.

Berhubung filem yang ditayangkan di Youtube, beliau berkata, KDN akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk bangunkan ‘firewall’ bagi menentukan garis panduan LPF dipatuhi. — BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/19231?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s