Tiada cadangan tukar hukuman rotan – Berita Harian

KUALA LUMPUR : Kerajaan belum bercadang untuk menukar hukuman rotan sedia ada kepada bentuk hukuman lebih ringan bagi pesalah jenayah berat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini kerana pelaksanaan hukuman itu terbukti berjaya mengurangkan jumlah pesalah bagi kes kesalahan berulang terutama pengedaran dadah.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jika Jabatan Peguam Negara mengubah dasar dan undang-undang sedia ada, Jabatan Penjara bersedia mengubah hukuman itu.

“Hukuman sebatan ini terbukti telah mengurangkan bilangan pesalah bagi kes kesalahan berulang, terutama mereka yang terbabit dalam pengedaran dadah.

“Sepatutnya ejen pekerja asing juga perlu dikenakan hukuman sebatan mandatori bagi membanteras kebanjiran pekerja asing tanpa izin di negara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang).

Menjawab soalan asal berkenaan statistik hukuman mati dan rotan, Ahmad Zahid berkata seramai 975 banduan yang disabitkan dengan hukuman mati oleh mahkamah atas pelbagai kesalahan kini masih belum menjalani hukuman itu.

Katanya, ini berikutan kesemua mereka kini masih dalam proses rayuan sama ada di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan atau Lembaga Pengampunan Negeri.

Katanya, sepanjang 2012 hingga tahu lalu, hanya tiga saja pesalah sudah menyempurnakan hukuman mati oleh Jabatan Penjara, dua banduan adalah warga negara, sementara seorang lagi warga asing.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang tahu lalu juga, seramai 8,481 banduan sudah menjalani hukuman rotan iaitu 2,483 warganegara sementara 5,998 lagi warga asing.

http://www.bharian.com.my/node/17120?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s