Zahid Hamidi hadiri Perhimpunan Agung Interpol – Utusan Online

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berbual sesuatu dengan Ketua Polis

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berbual sesuatu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menghadiri Persidangan Interpol Ke-83 di Nice, Monaco, semalam. Turut kelihatan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wahab Mohd.Yasin (kiri).

Advertisement

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka memberi ucapan bertema ‘Sambutan ke-100 tahun Polis, Kejayaan dan Kemajuan’ pada Perhimpunan Agung Tahunan Interpol ke-83 hari ini di Monaco.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Ahmad Zahid akan memberi fokus utama dalam evolusi dan perkembangan polis secara mendalam serta cabaran kepolisan secara global dalam perhimpunan dua hari itu.

“Upacara pembukaan berlang­sung Isnin (3 November) dan mesyuarat pada hari berikutnya dirasmikan oleh Putera Albert II dari Monaco dan Setiausaha Agung Interpol, Ronald K. Noble.

“Kita telah mendapat jemputan rasmi bagi menyampaikan ucaptama dan berkongsi pandangan berkaitan tema pada tahun ini,” menurut kenyataan itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut dijadual menghadiri pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean bagi membincangkan hal-hal berkaitan keselamatan kedua-dua negara selain langkah-langkah yang boleh diambil dalam isu kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

“Malaysia dan Singapura gembira dengan komitmen dan hubungan diplomatik sedia ada dan akan bekerjasama dalam isu ISIS,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/zahid-hamidi-hadiri-perhimpunan-agung-interpol-1.20995#sthash.RDARETXf.dpuf

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s