Kahwin ‘China doll’ punca anak sukar diiktiraf – Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ‘perkahwinan sementara’ individu bukan Islam dengan ‘China doll’ adalah antara punca anak-anak yang dilahirkan sukar diberi taraf warganegara Malaysia.

Beliau berkata selain itu, perkahwinan pasangan Islam di luar negara, yang tidak didaftarkan selepas kembali ke Malaysia, juga menyumbang kepada isu berkenaan.

"Ini masalah yang banyak datang kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita melihat masalah ini secara satu per satu dan saya mohon supaya kesedaraan keagamaan, dan patuh kepada undang-undang diberi keutamaan supaya anak-anak tidak dimangsakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Alice Liau Kiong Yieng (DAP-Lanang) mengenai bagaimana kerajaan menangani masalah kanak-kanak tanps bernegara khususnya di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata JPN mempunyai unit bergerak yang sentiasa bersedia untuk turun padang dan membantu urusan permohonan kewarganegaraan untuk kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, beliau menjelaskan bukan semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia dianugerahkan taraf warganegara Malaysia secara automatik kerana ia bergantung kepada status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa.

Bagaimanapun, individu di bawah usia 21 tahun yang dijadikan anak angkat termasuk mereka yang memiliki taraf pemastautin tetap boleh memohon kewarganegaraan Malaysia.

"Penganugerahan warganegara adalah anugerah tertinggi terhadap seseorang individu dan tidak diberi sewenang-wenangnya. Kita akan buat pertimbangan dan penelitian terperinci, dan hanya akan beri kepada individu yang benar-benar layak," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata seramai 23,628 orang telah dilucut kewarganegaraan Malaysia sejak 1957 hingga kini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai masalah kanak-kanak tanpa bernegara di Sabah, Ahmad Zahid berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah akan mengemukakan laporan siasatannya tidak lama lagi.

"RCI telah tamatkan kerja-kerja siasatan. Penyelesaian masalah ini ada terdapat dalam laporan. Jika persoalan itu tidak dipolitikkan, masalah boleh diselesaikan," katanya. – Bernama



http://www.sinarharian.com.my/semasa/kahwin-china-doll-punca-anak-sukar-diiktiraf-1.328708

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s