Utusan Malaysia : Dasar Keselamatan Dalam Negeri sedang digubal – Ahmad Zahid

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang
dn_08.1.jpgZAHID HAMIDI

Advertisement

KUCHING 12 Okt. – Kementerian Dalam Negeri sedang mengubal Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN) demi menjaga keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, draf awal telah siap dirangka oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN) melalui Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa.

Katanya, dasar baru itu nanti diharap tidak akan ditukar walaupun bertukar kepemimpinan baru kementerian pada masa hadapan.

"Saya tidak mahu badan dan agensi penguat kuasa keliru apabila tiada dasar yang menjadi landasan untuk melakukan tindakan.

"Saya tidak mahu segala operasi dibuat secara ad hoc, berkala dan bermusim yang sudah tentu tidak baik kepada negara," katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di sini semalam.

Yang turut hadir, timbalan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pada majlis itu juga, buku bertajuk ‘A Policeman’ tulisan Wan Junaidi dilancarkan mengisahkan kehidupan beliau sebagai pegawai polis dan maklumat sejarah ketika era ancaman pengganas komunis di Sarawak.

Tambahnya, diharap dasar itu nanti bersama-sama dengan akta-akta yang telah dipinda terutama Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dapat memberi impak besar kepada negara.

"Kita juga telah mendapatkan beberapa maklum balas daripada ‘Town Hall Meeting’ di peringkat zon. Maklum balas yang diperolehi ini bukan dari mereka yang tidak mempunyai kewibawaan dalam bidang keselamatan.

"Kita mahu dasar yang dibuat ini terus diguna pakai bukan sekadar lima ke 10 tahun, satu atau dua dekad tetapi ia terus relevan di dalam usaha kementerian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi pelaksana menterjemahkan semua bentuk langkah penguatkuasaan demi keamanan dan kesejahteraan rakyat," jelasnya.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya komited turun ke bawah ke akar umbi untuk menentukan ‘taring baru’ (dasar dan akta-akta yang dipinda) dilaksanakan yang dapat memberi keyakinan kepada masyarakat termasuk pelabur dan pelancong asing bahawa Malaysia sebuah negara yang selamat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141013/dn_08/Dasar-Keselamatan-Dalam-Negeri-sedang-digubal—Ahmad-Zahid#ixzz3Fzt54HE5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s