Ulil Abshar dilarang masuk Malaysia

KUCHING 11 Okt. – Tokoh liberal melampau dari Indonesia, Dr. Ulil Abshar Abdalla yang sebelum ini dijadual akan menghadiri satu diskusi di ibu negara, dilarang memasuki negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen semalam bagi menghalang Ulil Abshar yang dijadual menyertai program tersebut pada 18 Oktober ini.

“Ulil Abshar mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara yang kehadirannya mengundang protes orang ramai.

“Sekiranya dibenarkan dia berceramah dan hadir beberapa program di sini, ia akan merosakkan akidah dan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141012/dn_31/Ulil-Abshar-dilarang-masuk-Malaysia#ixzz3FvRL18lK
© Utusan Melayu (M) Bhd

IMG_7436.JPG

IMG_7441.JPG

IMG_7445.JPG

IMG_7438.JPG

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s