Bajet 2015: PDRM Peroleh Suntikan Motivasi – mStar

polis.ashx?w=620&h=413&crop=1&

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, DatuK Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan peruntukan lebih RM9 bilion kepada kementerian itu sebagai suntikan motivasi kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, menerusinya, permintaan untuk menaik taraf dan membina semula balai polis termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akhirnya menjadi kenyataan.

“Paling penting kali ini Perdana Menteri turut memberi perhatian kepada kediaman pegawai dan anggota PDRM di mana kuarters mereka didapati amat menyedihkan.

“Ini merupakan permintaan yang telah dikemukakan sekian lama oleh PDRM kepada KDN. Peruntukan ini sudah tentunya memberi motivasi baharu kepada mereka,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, petang Jumaat.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berkata, pembangunan modal insan dikalangan anggota keselamatan penting dalam memastikan keselamatan negara di tahap paling tinggi.

“Dengan peruntukkan sebanyak RM27.604 bilion, ia dapat digunakan untuk membeli aset canggih yang dapat mengurangkan pengunaan tenaga manusia seperti ‘volcanic sensor’ yang boleh memberi amaran terus kepada balai polis atau kereta peronda jika ada kes letupan atau tembak-menembak di kawasan ‘hot spot’,” katanya.

Beliau turut menyarankan pengunaan aplikasi ‘mydistres’ diperluaskan ke seluruh negara bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM), Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata penambahan URB amat penting berikutan trend jenayah yang semakin berubah.

“Unit ini juga dikatakan lebih berkesan kerana penggunaan motosikal sebagai kenderaan rondaan adalah lebih fleksibel dalam mempertingkatkan usaha membanteras kejadian jenayah seperti pecah rumah,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, inisiatif kerajaan memperuntukkan RM121 juta kepada PDRM bagi melaksanakan pelbagai program di bawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) adalah amat digalakkan.

“Apabila anggota polis dipertambahkan, maka aspek integriti, disiplin dan prestasi anggota polis perlu dipertingkatkan melalui pelbagai kursus. Maka peruntukan RM121 juta itu dapat digunakan bagi menjayakan semua program dan aktiviti kepolisan,” tegasnya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/10/reaksi-bajet-keselamatan/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s