Kerajaan Hormati Pandangan Berkaitan Akta Hasutan – Umno Online

PUTRAJAYA, 9 Okt – Kerajaan menghormati pandangan pelbagai pihak berkaitan Akta Hasutan termasuk yang disuarakan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia namun berharap pandangan itu juga mengambil kira acuan kependudukan dan politik negara.

“Mereka tidak boleh letakkan acuan mereka dalam rupa bentuk pemetaan politik negara ini,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang bertanggungjawab dalam hal-hal keharmonian dan keamanan bersama penguatkuasaan oleh PDRM, akan terus menguatkuasakan Akta Hasutan sehingga akta lain diwujudkan bagi menggantikannya.

Katanya penguatkuasaan akta itu dapat memastikan perkara sensitif berkaitan agama, kedaulatan raja-raja, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak disentuh dengan sewenang-wenangnya.

Menurut laporan sebuah portal berita, jurucakap pesuruhjaya tinggi PBB mengenai hak asasi manusia Rupert Collvile menyeru kerajaan memulakan kajian semula terhadap Akta Hasutan dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dilaporkan berkata kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera.

Kata Nancy, akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka dan sedia dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung aduan yang dibuat terhadapnya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa beliau juga akan dipanggil memberi kenyataan bagi membuktikan polis tidak pilih kasih dalam melaksanakan Akta Hasutan.

Ia dipercayai berhubung laporan polis yang dibuat DAP Perak pada 24 Sept lepas yang mendakwa Ahmad Zahid membuat fitnah terhadap parti itu melalui ucapan berbaur hasutan ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor baru-baru ini.

Bagi membuktikan kesediaannya, Ahmad Zahid berkata beliau telah menyerahkan rakaman ucapan dalam bentuk audio dan visual yang dijadikan rujukan oleh pengadu kepada pegawainya untuk diserahkan kepada polis.

“Saya terbuka. Saya bukan seorang yang rasis, dan saya mempunyai bukti apa yang saya perkatakan itu tidak sebagaimana laporan polis itu dibuat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pemberita yang menulis di luar daripada apa yang terdapat dalam rakaman ucapannya, termasuk kepada portal berita dan akhbar yang menyiarkan penulisan tersebut.

Berhubung harapan KDN terhadap Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok, beliau berkata tambahan peruntukan dalam pembelian aset dan peralatan untuk kegunaan semua agensi penguatkuasaan, terutamanya Polis Diraja Malaysia merupakan pengumuman yang dinantikan.

Ahmad Zahid juga yakin perdana menteri akan prihatin kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah yang memerlukan alatan dan aset untuk melaksanakan pengawalan lebih baik di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) berkeluasan 1,700 kilometer.

ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

http://www.umno-online.my/?p=115426
Berita Bertarikh Pada 9 October 2014 5:59 PM

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s