BERNAMA – Zahid Beri Amaran Tegas Terhadap Percubaan Bawa Keluar Sabah, Sarawak Dari Malaysia

LUMUT, 20 Sept (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap beberapa individu termasuk mereka yang menetapkan di luar negara serta ahli politik yang cuba menghasut untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.

Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap mereka yang telah dikenal pasti dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan.

Beliau berkata ada dalam kalangan individu terbabit bersekongkol dengan kesultanan yang tidak wujud lagi dengan dijanjikan jawatan tertentu jika meletakkan Sabah dan Sarawak di bawah kesultanan itu.

“Saya minta mereka hentikan perbuatan itu sebelum mereka menanggung akibatnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Lumut di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata individu dalam kumpulan kecil ini mengambil peluang memperbesar-besarkan isu itu dan menghasut rakyat kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan sama sekali tidak timbul soal kolonialisme baharu.

“Mereka (kedua-dua negeri) tahu dari segi peruntukan, pendapatan yang diperolehi mereka adalah kecil berbanding dengan peruntukan yang datang dari peringkat persekutuan,” katanya.

Jelasnya, pungutan suara atau ‘referendum’ oleh Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia telah di disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia masih berkuat kuasa hingga sekarang.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s