myMetro | Anggota PDRM bakal terima durian runtuh

Tumpat: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memperoleh durian runtuh dalam Bajet 2015 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan perkara itu dalam masa terdekat.

“Polis bertugas bukan ikut musim, tetapi bekerja setiap hari memerangi jenayah, maka sewajarnya pasukan ini mendapat gaji dan imbuhan yang lebih baik kerana pegawai dan anggotanya bertugas demi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Petugas PDRM Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sini, semalam.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail.

Pada Mac tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gred gaji PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain.

Sistem saraan baru itu dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST) meningkatkan perbelanjaan RM1.5 bilion.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam PDRM.

Beliau berkata, logistik pasukan termasuk kereta peronda, balai dan perumahan polis perlu dipertingkatkan untuk membolehkan pegawai serta anggota bertugas lebih cekap.

Sementara itu, katanya, polis sudah memulakan siasatan mengikut Akta Hasutan atas laporan berkaitan seorang penceramah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, baru-baru ini.

http://www.hmetro.com.my/articles/AnggotaPDRMbakalterimadurianruntuh/Article?mutakhir

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s