BERNAMA – Ahmad Zahid Tidak Mengetahui Laporan Media Indonesia Berhubung Kehilangan MH370

FW341351_PK09_140914_UMNO-scr.jpg
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BUTTERWORTH, 14 Sept (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak mengetahui mengenai laporan media Indonesia yang mendakwa kononnya polis Indonesia dan Malaysia mengetahui punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, Mac lepas.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata laporan itu belum sampai dalam pengetahuannya.

“I know nothing about it (saya tak tahu apa-apa tentangnya),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di sini Ahad.

Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menafikan laporan media Indonesia itu dan berkata beliau akan menghubungi Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu.

Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s