Jangan Jadi Pemimpin Bermusim – Utusan Malaysia

LAHAD DATU 12 Sept. – Semua pe­mimpin UMNO diingatkan supaya tidak menjadi ‘pemimpin bermusim’ sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab kepada ahli serta rakyat.

Gesaan itu dibuat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua pemimpin menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat dengan penuh dedikasi serta ikhlas.

Tegas beliau, sikap pemimpin bermusim itu memberi gambaran buruk kepada imej parti selain melemahkan UMNO yang merupakan parti keramat Melayu.

“Pemimpin jangan turun padang bila ada pilihan raya sahaja kerana tugas sebagai pemimpin itu tidak bermusim. Pemimpin sebenar ialah pemimpin yang sentiasa turun ke bawah bersama ahli serta mendengar masalah rakyat.

“Bukan hanya masa pemilihan baru mahu tolong, baru mahu tanya khabar tetapi bila sudah menang, batang hidung pun tidak nampak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Silam di Dewan Sri Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd. Yusof Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin.

Ahmad Zahid menambah, lebih mengecewakan apabila ada di antara pemimpin yang menjadikan alasan kesibukan sebagai alasan kegagalan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, kepercayaan rakyat akan pudar jika setiap pemimpin mengamalkan sikap ‘kacang lupakan kulit’ itu.

“Rakyat akan balas balik pada masa pengundian nanti. Kalau kita seorang pemimpin beramanah dan bertanggungjawab, mereka akan letak (undi) nama kita.

“Jika kita menghargai kepercayaan ini dengan membantu ahli-ahli dan rakyat, perjuangan kita berada pada landasan yang benar,” katanya.

Selaku Menteri Dalam Negeri, beliau turut memberi jaminan kepada seluruh rakyat negeri ini bahawa kedaulatan Sabah akan tetap dipertahankan.

“Saya diberi tanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan, saya akan memastikan tahap keselamatan rak­yat khususnya di Sabah terpelihara,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140913/po_04/Jangan-jadi-pemimpin-bermusim—Ahmad-Zahid#ixzz3D9cesqdL
© Utusan Melayu (M) Bhd

IMG_4902.JPG

IMG_4896.JPG

IMG_4893.JPG

IMG_4897.JPG

IMG_4891.JPG

IMG_4899.JPG

IMG_4890.JPG

IMG_4892.JPG

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s