Melayu Perlu Pertahan Empat Institusi – BERNAMA

FW340419_PH20_070914_ZAHID-scr.JPG
KUANTAN, 7 Sept (Bernama) — Naib Presiden Umno Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu perlu mempertahankan empat institusi yang selama ini menjadi tonggak kekuatan bangsa dan Umno.

Katanya empat institusi tersebut adalah agama Islam sebagai agama persekutuan, sultan sebagai raja berpelembagaan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Kita dalam Umno harus pertahankan empat institusi ini, tiada kompromi terhadap keempat-empat institusi ini dan Umnolah yang mendukung kekuatan empat perkara ini," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuantan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa kini terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat institusi tersebut apabila melihat Umno mula berpecah dan ada juga anggota parti yang bertelagah sesama sendiri.

"Sehubungan itu, saya menyeru semua orang Melayu tidak kira di dalam Umno, PAS atau Parti Keadilan Rakyat, kini tiba masanya kita bersatu untuk sama-sama mempertahankan empat perkara ini kerana ia tidak ternilai harganya dan kita tidak mahu ia dihapuskan daripada Perlembagaan," katanya.

Beliau berkata setiap ahli parti juga perlu bermuhasabah dan melupakan apa sahaja persengketaan yang wujud sesama mereka dengan mengakui kesalahan dan kelemahan yang mungkin pernah dilakukan mereka.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Indera Mahkota, di sini.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s