Polis hormati kuasa kerajaan negeri selagi tidak langgar undang-undang | Berita Harian


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menerima keris daripada Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini. – Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, polis menghormati kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat mengikut sistem demokrasi tetapi tindakan tetap akan diambil sekiranya kerajaan Pulau Pinang melanggar undang-undang negara.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah meminta Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya jangan mengambil tindakan terpilih dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Saya sudah nyatakan bahawa dalam bidang keselamatan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Memang kita perlu bantuan NGO (badan bukan kerajaan), persatuan orang ramai tapi jangan buat persatuan, pasukan tanpa merujuk kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri),” katanya merujuk kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melambai tangan kepada perwakilan dan ahli Umno semasa hadir untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini. – Foto Danial Saad

Polis setia kepada kerajaan yang memerintah selagi tiada pelanggaran undang-undang tetapi jika undang-undang dilanggar apatah lagi oleh Anggota Parlimen, Ketua Menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri mahupun orang awam, tindakan akan diambil kerana undang-undang tidak mengenal sesiapa, katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera di sini.

Ahmad Zahid berkata, 11 anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas undang-undang. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/4785?m=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s