Sokong Tindakan Tegas Yang Diambil @PDRMsia – Warta Daily

Oleh : Faizal Dato Badarudin

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerana penahanan mereka adalah bersandarkan kepada undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung kerana perkara itu melibatkan soal operasi polis, tetapi Kementerian Dalam Negeri memuji ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu itu.

Menurut beliau, “Nasihat saya kepada orang yang mencabar polis supaya lihat dan baca Perlembagaan Persekutuan. Kuasa membabitkan soal keselamatan dan pertahanan adalah kuasa kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri.”

Tambah beliau lagi, ia adalah perbuatan sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membawa kepada tindakan polis pada unit sukarelawan di negeri itu.

Datuk Seri Zahid menegaskan bahawa pihak polis telah bertindak atas satu cabaran oleh Lim Guan Eng, yang telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap PPS jika ia adalah menyalahi undang-undang.

Beliau ditemui oleh media selepas merasmikan bahagian Segambut Umno.

Datuk Seri Zahid juga menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail peka dengan gesaan akar umbi yang mahu kes penghinaan terhadap bangsa, agama dan institusi raja diambil tindakan pendakwaan dengan segera.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kegagalan Abdul Gani untuk berbuat demikian hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan terjejas. – Warta Daily

http://wartadaily.com/sokong-tindakan-tegas-yang-diambil-pdrm—zahid-hamidi

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s