Setiap pemimpin mempunyai era sendiri – Utusan Malaysia

dn_02.1.jpgAhmad Zahid Hamidi memeriksa kawalan kehormat Pegawai Bakal Tauliah Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dalam Majlis Perasmian Penutup Perhimpunan Kebangsaan SISPA di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi semalam. – BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Setiap pemimpin mempunyai era pentadbiran tersendiri yang perlu dihormati oleh semua rakyat di negara ini termasuk bekas pemimpin negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana setiap pemimpin mempunyai era pentadbiran masing-masing yang tidak boleh dibandingkan dengan pemimpin lain.

Beliau berkata, pada era Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang adalah zaman kebangkitan media sosial yang tidak boleh dibandingkan dengan era terdahulu.

“Era dulu tidak mempunyai kemudahan media sosial seperti yang wujud sekarang. Oleh itu, dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan sekarang, itulah harga yang patut dibayar oleh mana-mana pemimpin.

“Bagaimanapun, seorang pemimpin yang telah dipilih rakyat perlu dihormati termasuk daripada bekas pemimpin,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Kali Ke-5 di Universiti Kebangsaan Malaysia, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan pentadbiran kerajaan Najib.

Seramai 455 pegawai kadet SISPA daripada 22 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerima pentauliahan dalam majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Dr. Mahathir mempunyai hak untuk memberi pandangan, namun Najib juga berhak menuntut kesetiaan daripada rakyatnya kerana telah diberikan mandat untuk mentadbir negara.

“Najib sudah melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan terpaksa berdepan dengan cabaran arus kebangkitan media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerajaan bercadang memberi peruntukan tambahan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk meningkatkan aspek latihan khususnya melibatkan penambahan keanggotaan jabatan tersebut di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

“Mulai tahun hadapan saya mengarahkan setiap IPTA mengeluarkan 100 anggota JPAM untuk ditauliahkan dan 50 anggota pula dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), namun pada masa yang sama peruntukan tambahan diperlukan untuk latihan dan uniform.

“Jadi, saya akan berbincang dengan Datuk Zaitun Abdul Samad (Ketua Pengarah JPAM). Peruntukan tambahan ini akan diumumkan selepas bajet 2014 nanti,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140820/dn_02/Setiap-pemimpin-mempunyai-era-sendiri—Zahid-Hamidi#ixzz3AtR1w1Vn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s