Kuasai revolusi digital – Utusan Malaysia

IPOH 18 Ogos – Umat Islam di seluruh dunia digesa menguasai revolusi digital ekoran kemunculan teknologi baharu itu secara tidak langsung menggalakkan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan eksploitasi dengan menyebarkan maklumat salah mengenai agama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, agensi terlibat dalam sektor pendidikan, undang-undang, komunikasi, multimedia, keselamatan dan pertahanan tidak boleh leka akan perkara tersebut berikutan momentum revolusi itu bergerak secara pantas.

“Melihat kepada potensi ancaman dalam era revolusi digital, adalah sangat naif untuk menolak momentum yang dihasilkan oleh fenomena ini. Sudah tiba masanya untuk memikirkan keperluan alternatif supaya berkembang dalam dunia siber bagi memastikan kemunculan laman web yang mengikut perspektif Islamik.

“Lebih-lagi lagi apabila generasi muda kini ada yang tidak mengambil serius tentang pembelajaran dengan hanya memahami al-Quran di internet tanpa berguru, sekali gus boleh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar ekoran menjadi mangsa penipuan kepada pengeksploitasian kitab suci dan hadis,” katanya.

Beliau mencadangkan demikian dalam satu edisi kertas khas sempena Persidangan Dunia Pemikiran Islam dan Ketamadunan (WCIT) 2014 Kali Kedua anjuran kerajaan negeri Perak dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mencadangkan penubuhan Indeks Tadbir Urus Syariah Islamik (ISGI) untuk mengukur kualiti, keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan mengikut polisi agama yang menjadi standard.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140819/dn_08/Kuasai-revolusi-digital—Ahmad-Zahid#ixzz3ApMw9oLk
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s